Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Review Azam Tahun 2019

Review Azam Tahun 2019. Apa khabarnya azam tahun baru 2019 anda yang di tanamkan pada hari pertama tahun 2019 yang lepas? Adakah ianya berjaya direalisasikan? Ada satu atau dua azam yang telah berjaya dicapai? Kalau ya.. tahniahlah. Kalau yang masih tak tercapai sikit pun, pun kena siasat apakah puncanya?

Kalau dah buat azam, kenalah berdisplin untuk menunaikan azam tersebut. Lebih-lebih lagi bila azam yang anda buat itu sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan orang yang anda sayangi.

Apakah Azam Tahun Baru 2019 Anda Masih Releven?


Review azam tahun baru 2019

Jika ditanya saya.. ada azam yang saya dah berjaya capai. Jika terlupa, jom baca semula azam tahun baru 2019 saya yang lalu..


Dah baca? Alhamdulillah.. ada antara azam tersebut sudah dapat saya tunaikan. Iaitu azam untuk beli harta (rumah).. tapi belum mampu beli tanah maka saya tambah beli rumah flat 3 bilik untuk anak saya yang masih belajar. Insyaa Allah, rumah tu nanti saya nak sewakan. Dapat juga income untuk anak bujang saya, buat tambah duit yuran belajar. Walau tak dapat beli tanah sendiri, dapat belikan rumah murah buat anak sebagai persediaan atau modal berniaga pada masa depan.

Azam nak jadi hambaNya yang taat.. hmm, saya sedang bertatih usahakan. Pelan-pelan tak apa yang penting berterusan (istiqamah), bak kata Prof Muhaya. Dalam seminggu sekali saya dan rakan-rakan akan menghadiri kelas mengaji sebagai usaha untuk mendalami dan mengamalkan al Quran secara berterusan.

Tak apa jika anda dah mula sikit-sikit untuk mencapai azam tahun baru anda daripada tak bermula atau tak berusaha langsung. Ya dak?

Jom kekawan.. jangan pandang belakang lagi. Pandanglah ke hadapan. Capai apa yang kamu impikan. Cuba gapai azam mu. Tingkatkan usahamu. Atur strategi yang sesuai agar impian tersebut dapat dicapai menjelang hujung tahun 2019.

Selamat berjaya!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih atas ingat mmg dh masuk bulan 3 takut2 sy juga terleka nk capai azam... seoga si juga istiqamah dan dipermudahkan. InsyaaAllah semoga berjaya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close