Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa?

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa? Waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Dalam kalendar waktu berbuka puasa, ada ditulis waktu imsak. Biasanya kita akan ajar anak-anak untuk berhenti makan semasa dah masuk waktu imsak. Jadi, adakah waktu imsak itu tandanya kita kena stop makan atau minum dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa? Adakah bila masuk waktu imsak, dah masuk waktu puasa?

Jom baca penerangan dari Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, mufti Wilayah Persekutuan, tentang permasalahan ini.

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa?


Asasnya waktu imsak adalah sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi wqktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu.

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa?

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun sekiranya, telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.

So, kawan-kawan dah faham dan jelas ya akan bilakah sebenarnya waktu mula puasa, adakah waktu imsak atau bila masuk waktu subuh? Jadi, senang cerita, dengar azan subuh je.. itulah waktu start puasa pada hari itu.

Kita digalakkan untuk melewatkan makan sahur dan mempercepatkan berbuka. Semoga puasa kita semua mendapatkan keberkatan dan diterima Allah SWT.

Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close