Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Selepas Solat Fardhu, Pesanan Ustaz Ebit Lew. Rasanya saya pernah share tentang artikel ini dalam blog tetapi bila cari tak jumpa pulak. Mungkin telah terbuang atau saya share di FB, kurang pasti pulak. Jadi, saya share lagi agar tak hilang terus dan boleh selalu rujuk di sini sebagai panduan. Bagi anda yang suka, boleh lah sebarkan kepada kawan-kawan pula.
Apabila dibaca dan diamalkan sebanyak 7 kali selepas solat fardhu, maka si pengamalnya akan mendapat semangat baru, kekuatan dan dihindari dari rasa dianiayai. Begitu rasa lapang dalam segala urusan. Semuanya dengan izin Allah Ar Rahman jua..
Apabila dibaca dan diamalkan sebanyak 7 kali selepas solat fardhu, maka si pengamalnya akan mendapat semangat baru, kekuatan dan dihindari dari rasa dianiayai. Begitu rasa lapang dalam segala urusan. Semuanya dengan izin Allah Ar Rahman jua..
Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali Selepas Solat Fardhu, Pesanan Ustaz Ebit Lew
Apakah ayatnya? Ayatnya adalah seperti berikut, ayat daŕi Surah at Taubah, ayat 128 & 129:
Untuk dipermudahkan hafazan:
.
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
.
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
.
Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
.
Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad):
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.