Maka berdoalah dengan asmaul husna al Waahid ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.
Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Waahid
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Yaa Wahidul Ahad = 11 kali
Ertinya : Dialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kaya, Maha Hidup dengan sendirinya. Tidak ada sekutu bagiNya. Tidak ada yang serupa atau standing denganNya. Tidak ada anak atau isteri bagiNya.
a). Terhindar dari Kesusahan - Dalam hidup ini kita selalu dihimpit kesusahan dan ada orang yang hidupnya dipenuhi masalah dari merasa ketenangan dan kebahagiaan. Hendaklah mereka membaca Ya Ahad Ya Wahid 1,000 kali ketika dalam kesusahan, insya Allah mereka akan mendapat jalan eluar. Alah SWT sentiasa menghantar farishtaNya (Malaikat atau pembantu) bila kita memintanya.
b). Mendapat Anak - Jika ingin mendapat anak dari isteri anda, bacalah Ya Wahid ul Ahad 190 kali selepas solat fardu selama sebulan. Hendaklah jga anda berpuasa hari Isnin dan Khamis dalam bulan itu. Insya Alah isteri anda akan hamil berkat kesabaran dan hikmah and.
c). Menghindari Kekeliruan - Baca Ya Wahid ul Ahad di tempat asing dan sunyi, insya Allah anda akan bebas dari kebingungan dan ketakutan.
d). Mengetahui Rahsia - Baca Ya Wahid ul Ahad 1,000 kali sehari di tempat sunyi, insya Allah pintu perkara-perkara ghaib akan dibukakan untuk anda.
e). Doa dimakbulkan - Baca Ya Wahid ul Ahad 11 kali sebelum anda keluar rumah, Allah SWT akan memperkenankan hajat anda. #sumber
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.