Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cari Resepi Kari Ikan Mamak Yang Asli, Mesti Cuba Ni!

Resepi kari ikan mamak, kuah pekat lemak sedap. Kalau tak suka terlalu pekat, kurangkan santan. Tambahkan air ikut citarasa. Bila balik ke kampung mak mertua, kari ikan merahnya memang tak boleh lawan. Sedap ya ampun!! Dapat kepala seketul, boleh terbabas 2 pinggan nasi. Hehe.. sekali sekala apa salahnya.

Resepi kari ikan mamak style sebenarnya simple aje, tapi rasa memang umphhhh!!

Resepi Kari Ikan Mamak Yang Asli, Mesti Cuba Ni!

Kari Ikan Mamak Style


Kalau nak letak santan pun boleh, tak nak letak santan pun boleh, kalau tekak melayu, boleh letak santan)

(Anggaran Resepi untuk 5 ekor/ hiris ikan, tak kisah ikan jenis apa ya)

Bahan - bahan:


*5 ekor ikan - tak kisah ikan apa pun..
*santan secukupnya
* 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar + halia sebesar ibu jari + 10 biji cili hijau kecik = blend kasar
* 1 ulas bawang putih + 1biji bawang merah = hiris
* daun kari
* 7 biji cili merah dan hijau kecik di ketuk-ketuk
* 1 sudu besar biji sawi
* 1 sudu besar cili kisar
* sedikit air asam jawa
* 2 sudu besar rempah kari ikan (guna rempah brand apa pun tak kisah)
* 1 sudu besar rempah kari daging/ayam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 biji tomato (di belah ye)
* bendi
*gula + garam + serbuk ajinamoto

Langkah - langkah membuatnya:



1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang merah yang di hiris dan biji sawi hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah di blend, kacau hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah kari ikan + rempah kari daging/ayam + serbuk kunyit + daun kari, dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa (sebab bila kita masukkan rempah kari, bahan tumisan akan jadi kering, jadi kena tambah sedikit air). Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul-betul pecah minyak.

4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula garam ajinamoto, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan. (sekiranya taknak letak santan, cuma tambahkan air sahaja, jangan terlalu banyak air sebab nanti kuah cair)

5. Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi.

6. Agak agak ikan dah masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan siap😊😊

Hai, resepi kari ikan mamak style dah pun siap. Jika first time masak, ikuti langkah demi langkah pasti menjadi masakan anda itu. Masak dengan penuh kasih sayang, walau guna ikan apa pun sedap.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close