Dinner Nasi Arab Mandi & Makluba. Makan malam di luar dengan anak-anak. Seminggu mengharungi waktu persekolahan yang padat, apa salahnya kita bawa mereka makan-makan ikut tekak mereka. Bila dah discuss adik dan abang, mereka nak makan nasi arab. Kita layankan je..
Sewaktu kami tiba belum ada pelanggan. Tetapi kemudian, selang beberapa minit restoran nasi arab Al Azhar dikunjungi pelanggan yang agak ramai. Dalam fikiran, mungkin sedap ni masakannya. Thats why, kami nak cuba. Kalau sedap boleh datamg lagi.
Kami memilih pakej yang paling kecil agar tak membazir nanti seperti apa yang berlaku ketika makan nasi arab di Al Hayfa restaurant dulu..
Sayuran dan sambal tomato ala Arabian pun sedap.
Dinner Nasi Arab Mandi & Makluba
Nasi Arab yang sedap yang pernah kami makan. Rasanya masin lemak semua cukup. Lauk kambing dan ayam yang sedap, lembut dan mudah dimakan. Hinggakan kami puji terus kat owner tentang masakan chefnya.
Nasi yang berwarna putih tu nasi arab mandi dan warna coklat sedikit tu adalah nasi arab makluba.
Kami memilih pakej yang paling kecil agar tak membazir nanti seperti apa yang berlaku ketika makan nasi arab di Al Hayfa restaurant dulu..
Sayuran dan sambal tomato ala Arabian pun sedap.
Antara air yang kami order. Memang sedap tau!! Terbaik lah!!
Sekadar perkongsian santai kami sekeluarga untuk info bersama.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
Wow sedapnya
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.