Doa Jibrail Menjelang Ramadhan. Ya Allah, semoga Engkau sampaikan kepada bulan Ramadan. Dan permudahkan segala amalan kami di dalamnya. Diberikan kesihatan yang baik dan puasa yang diterima. Tak sabar rasanya nak melalui ramadan seperti tahun-tahun yang lalu, melaluinya dengan sederhana. Makan bersama keluarga setiap kali berbuka dan bersahur. Syahdu je rasanya.
Semoga kita bersedia memaafkan orang lain dan dengan itu orang lain pun memaafkan kesalahan kita, yang disedari atau tidak.
Doa Jibrail menjelang ramadhan:-
"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1.Tidak minta maaf kepada kedua orang tua.
2.Tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya.
3.Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya." maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali.
Maka, dalam kesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada warga internet yang sering singgah di blog saya.. jika ada salah dan silap yang telah dilakukan sebelum ini. Minta maaf kalau ada tulisan yang terkasar bahasa, pandangan dan buah fikiran yang menyinggung atau mengguris hati, terlebih gurauan, termakan terminum & terumpat (jika ada), Mohon ampun dan maaf sekali lagi dari saya.."
Walau dalam keadaan apapun, samada dalam bulan puasa atau tidak, kita digalakkan untuk memohon maaf dan memaafkan orang lain. Kadang kita teraniaya kerana perbuatan seseorang, maafkanlah dia. Memang tak mudah melupakan.. tetapi memaafkan menjadikan kita lebih tenang.
Takkan kita nak tersekat di padang mahsyar nanti kerana tidak memaafkan orang lain? Perjalanan kita di sana nanti menjadi lambat bila kita berhutang dengan orang lain, walau sekadar berhutang kemaafan.
Renungkanlah!

Doa Jibrail Menjelang Ramadhan

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.