Jambu Air Manis Dengan Serbuk Asam Boi. Syukur rezeki dari Allah. Pepagi datang office ada hamba Allah bagi jambu air manis dekat 15 biji. Dah lah besar-besar, elok lagi bentuknya.. memang happy la kan. Then my office mate ni siap pesan, untuk saya sorang. Sebab dia tahu my son suka jambu air yang di tanam di rumahnya.
Rezeki anak-anak namanya. Semoga teman sepejabat saya ni dilimpahi rezeki lagi.
Jambu Air Manis Dengan Serbuk Asam Boi
Sampai je kat rumah tadi, saya bagitau hero kecil ni tentang jambu air tersebut. Terus dia berlari ke peti ais. Minta di potongkan sebiji dua.. alahai la anak, tak menyabar sangat!
Lepas makan malam emak budak ni pulak yang melantak. Saya taburkan serbuk asam boi dengan jambu air manis yang masih sejuk. Segarnya rasa.. rangup, manis buah dan elok saja. Tak berulat.
Saya tak tahu nama sebenar jambu air ni. Tapi yang pasti saiznya agak besar, warna hijau belang pink dan tak berbiji. Kalau dalam 15 ketul yang office mate bagi, yang ada biji cuma satu je. Best kan..
Mungkin ni jambu air baka tut yang kawan saya buat eksperiment. Hehe..
Kita orang satu office selalu dapat makan berbakul-bakul jika datang musimnya.
Terima kasih kepada yang memberi, kerana tangan yang memberi adalah lebih baik!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.