Jangan Menyerah Bila Doa-Doamu Belum Di Jawab. Kuncinya adalah sabar. Sabar dan sabar lagi. Hanya orang yang mampu saja akan bersabar. Tapi bukan bermakna sabar tanpa usaha. Kita dah berdoa sebagai ikhtiar terakhir.. maka bersabarlah. Allah sayang orang yang sabar.
Usaha, doa dan tawakkal. Selayaknya begitulah tingkahlaku muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Muslim yang sejati tidak membentak, mengungkit bila doanya lambat termakbul. Kerana dia yakin, Allah sedang memberikan peluang dirinya jadi lebih baik sebelum menerima hadiah dari Allah iaitu doanya dijawab dan dimakbulkan. Subahanllah..
Jangan Menyerah Bila Doa-Doamu Belum Di Jawab
Orang yang kuat tidak akan mengalah! Dia akan berpegang pada keyakinannya.
Jangan menyerah saat doa-doamu belum dijawab. Jika kamu mampu bersabar, Allah mampu memberikan lebih dari apa yang kamu minta!
Bagaimana kamu boleh bersabar dan bertahan? Kerana kamu yakin bila tiba waktunya, Allah akan beri apa yang kita doakan, apa yang kita perlukan.
Macam mana nak tahan sabar bila doa-doamu masih belum dijawab? Pujuk hati untuk redha dengan perbanyak istighfar. Allah ada, cuma Dia masih nak tengok sejauh mana kita kuat. Sejauh mana kita mampu.
Semoga para sahabat blogger yang belum dimakbulkan doa-doanya, tetapkan terus berdoa. Kerana kita tidak tahu mana satu doa kita yang akan diangkat ke langit dan dimakbulkan Allah ketika di dunia lagi. Ada juga doa kita Allah simpan dan tunaikannya di akhirat. Semua itu Allah yang merancang dengan kasih sayangnya.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.