Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Tinggalkan Amalan Terbaik Ini Kelak Menyesal Tak Berguna

Jangan tinggalkan amalan terbaik ini. Jangan nanti bila dah menyesal semua tak berguna lagi. Sama-samalah kita menambah baik nilai diri kita sebelum ajal menjemput tiba. Tulisan ini adalah peringatan kepada diri sendiri dan saudara sahabat seislam semua. Hanya dengan cara ini (berkongsi ilmu yang baik) kita dapat berdakwah secara santai. Jika ada yang terbaca, dan tergerak hati untuk mengikutinya.. alhamduillah. Puji syukur kepada Allah.

Amalan-amalan baik dalam kehidupan terlalu banyak. Saya hanya menambah kongsi ibadah lain yang boleh dilakukan dengan santai tetapi tinggi nilainya,di sisi Allah.

Selain bersedekah dan bekerja mencari rezeki halal, ada lagi yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk jadi muslim yang cemerlang zahir dan batin. Insyaa Allah..


Jangan Tinggalkan Amalan Terbaik Ini!


Apakah amalan terbaik yang saya maksudkan? Antaranya adalah melakukan solat sunat dhuha, dan solat-solat sunat yang lain. Sebelum solat fardhu dan sesudahnya.


Jangan Tinggalkan Amalan Terbaik Ini Kelak Menyesal Tak Berguna

Selain itu, rajin membaca, memahami dan mengamalkan ajaran dari al Quran. Mula menghafaz surah-surah lazim yang boleh dibaca dalam solat. Rajinkan diri hadiahkan bacaan al Fatihah kepada seluruh makhluk di dunia yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.


Ada lagi amalan-amalan terbaik yang boleh kita lakukan. Biasa baca ayat Kursi, samada selepas solat fardhu, ketika nak tidur, nak keluar rumah dan sebagainya. Lakukan pula amalan zikir memuji Allah SWT tak kira masa dan tempat.


Kita juga boleh menambah amalan terbaik dengan selalu berselawat kepada Nabi Muhammad dan para sahabat, dan bertasbih.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua. Selain baik untuk diri sendiri, ia juga adalah satu usaha kita menambah nilai baik dalam diri. Lakukan perubahan dan berhijrah setiap hari. Hijrah dari baik kepada lebih baik. Dari dapat pahala terhadap amalan asas sahaja, apa salahnya kita mengumpul bekalan akhirat yang bakal membantu kita di alam sana.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close