Kun fayakun, itulah kuasa mutlak Allah yang kita sendiri amat takut jika ia terjadi ke atas kita. Bila manusia hidup dalam kemurkaan Allah, membuat kerosakan di atas muka bumi ini, tiada apa yang paling ditakuti melainkan bila Allah berkata - "Kun Fayakun", maka apa lagi daya kita nak melawannya??
Renungkanlah. Muhasabah diri semula. Pernah kah kita mencabar hukum hakam Allah. Apakah kita tidak lagi menghormati suruhannya, mana yang halal atau yang haram.
Di dalam alQuran terdapat beberapa ayat di dalam surah tertentu yang menekankan tentang, Kun Fayakun. Ayat yang jelas dalam firman Allah SWT ini adalah sebagai peringatan kepada kita agar jangan melakukan sebarangan, jangan meragui, bongkak dan tinggi hati, melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masaNya dan di mana saja. Maha suci Allah Berkuasa atas segalanya.
Jangan runsing apabila dalam musibah. Jangan bongkak apabila dalam kejayaan. Dia yang merencanakan segala-galaNya. Yakinlah Allah SWT mendengar rintihan hati hambaNya. Perbetulkan nawaitu kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Amalan kita di dunia ini adalah untuk bekalan di hari akhirat.
Kun Fayakun - Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkhendaki sesuatu. Dia hanya berkata, "Jadilah! Maka jadilah sesuatu itu." Mahasuci Allah yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu akan dikembalikan. - surah Yaasin, ayat 82-83.
Allah tidak zalim, tetapi kita inilah yang menzalimi diri kita sendiri.
Takutlah dengan kekuasaan dan kemurkaan Allah. Bila buat sesuatu fikir kesan jangka panjang kepada diri dan keluarga kita. Jangan bangga dengan kemungkaran dan kerosakan yang telah kita lakukan terhadap orang lain. Kerana bila Allah ingin memberikan pengajaran dan pembalasan, cukuplah Dua berkata, "kun fayakun.. jadilah! Maka jadilah sesuatu itu!
Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya.
Firman Allah swt dalam Al-Quran :
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia". - An Nahl:40

Kun Fayakun, Jadilah Maka Jadilah Sesuatu Itu

Subhanallah. Betapa kuat dan dahsyat kekuasaan Allah. Tiada kuasa lain di dalam dunia ini yang mampu menyaingi kehebatanNya. Maka, apa lagi yang kamu ragukan? Segala bukti nyata telah ditunjukkan di depan mata. Hentikan kejahatan, maksiat, kerosakan di atas muka bumi ini kepada setiap makhluk Allah. Bila balasan Allah telah tiba, tidak ada apa lagi mampu memadamnya. Astagfirullah.. ampuni kami ya Allah!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.