Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap. Sebut je lauk pauk tapi sebenarnya dua lauk satu sayur, ala kampung.. itu pun dah cukup lazat bagi saya dan kami sekeluarga. Anda semua masak apa hari ni? Ada menu istimewa ke?


Tengahari ni saya menyediakan udang galah masak sweet sour, ayam goreng ala KFC spicy dan sayur bayam rebus berhalia. Mudah aje kan?

Jangan stress bila tak idea nak masak apa untuk menu tengahari keluarga anda. Bertenang, buka FB atau blog resepi kemudian mulakan aktiviti di dapur. Hehe..

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap


Marilah kita lihat apa yang saya masak.. Haha.. masaklah dengan kasih sayang dan seikhlasnya. Keluarga pasti gembira dan kenyang. Anak bujang saya tersenyum lebar bila buka tudung saji. Saya siap masak dalam pukul 10.30 pagi. Lepas tu boleh rileks dah...

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap


Udang galah hasil pancingan sang suami, saya masakkan sweet sour. Saya bersihkan kulitnya dan hanya tinggalkan sedikit supaya tak hancur. Hmm.. rasanya kurang manis berbanding udang biasa tu..

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari, Simple Tapi Sedap

Sayur bayam saya rebus dengan halia dan hiriskan bawang putih dan merah. Saya lebihkan kuah.. boleh senang sesiapa nak hirup kuahnya nanti.


Last sekali saya sediakan ayam goreng pedas ala KFC dan digoreng bersama daun kari. Sedap dan lembut je ayam tu.. rasa lemak daun kari pun menyerap dalam ayam. Terbaik!!

Jika tak ada idea nak masak apa.. ikut cara saya. Buka peti ais, dan buka google. Suai dan padankan resepi dengan bahan yang kita ada.

Selamat mencuba!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close