Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pertama Kali Makan Kacang Pool, Sedap Juga Rupanya!

Pertama kali makan kacabg pool. Bagi anda yang dah berkali-kali makan kacang pool pasti dah tak kisah akan pengalaman ini. Saya pula, inilah first time makan. Agak pelik dan tak tahu cara nak makan pun ada, kelakar kan? At last, ikut cara sendiri.


Kat mana saya makan kacang pool tersebut? Tentulah di Mydin. Nasib baik ada jual jadi dapatlah pengalaman tu, tak jakun sangat bila orang tanya rasanya. Kan?

Pertama kali makan kacang pool


Harga sepiring kacang pool adalah RM6.50. Ada sekeping roti yang tebal, rangup tapi gebu. Hehe.. kuahnya pastilah dari kacang pool, agak manis. Ya ke? Bagaimana pula pengalaman korang semua? Kemudian di atas kuah kacang pool tu ada telur mata lembu separuh cair. Ada cili sekerat dua. So, tak pedas la..

Pertama Kali Makan Kacang Pool, Sedap Juga Rupanya


Nampak sedap tak? Boleh tahan jugak bagi yang first timer macam saya.. nampak tak roti tu? Tebal, rangup dan lembut..

Pertama Kali Makan Kacang Pool, Sedap Juga Rupanya

Kemudian, kami order juga bubur berlauk. Harga satu set RM9.00. Kenyang.. alhamdulillah..


Yang ini set chicken chop terbaik, kegemaran hero-hero saya. Sebenarnya hero kecil saya tu dah besar.. tapi si abang tolong habiskan sayurnya. Sebab dia memang pantang, tak makan sayur.😊😊😊 

Kisah jalan-jalan dan makan-makan kami sekadar coretan santai dan kenang-kenangan yang saya tuliskan di blog.

Selamat berhujung minggu semua!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya tak pernah lagi makan kacang pool. Selalu juga tengok orang review tentang kacang pool tapi tak jumpa lagi kedai yang menjualnya.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close