Resepi Popiah Sayur Goreng Rangup. Biasanya saya dapat makan popiah sayur goreng rangup sira sambal ni bila bulan puasa. Masa tu pelbagai jenis kuih muih yang biasa dan luar biasa boleh timbul. Nak test kuih yang tak pernah makan pun ada.. sediakan duitnya je!
Namun semalam saya dapat beli popiah sayur goreng sira sambal yang amat sedap. Dah lah rasanya sedap, kerangupannya tahan lama. Sampai petang pun masih rangup. Hehe.. memang berbaloi la.
Yang buat popiah goreng bersira ni tahan lama dan rangup adalah cara kita buat sambal siranya. Buat sampai kering, sampai tak nampak dah airnya.. lebih kurang gitu..
Resepi Popiah Sayur Goreng Rangup
Oleh kerana dah tersuka dengan popiah sayur goreng sira sambal tu, saya risik resepinya. Rupanya senang je..
Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya
BAHAN INTI
1 batang carrot - dihiris halus
1 mangkuk kubis yg dihiris halus
segenggam atau lebih taugeh
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam, toskan dan blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit
BAHAN SAMBAL
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
secubit belacan - jika suka
1sudu kecil air asam jawa
1cm gula melaka racik halus @ gula putih
garam
bijan
Daun sup
Cili hidup
Cara-cara
Cara penyediaan inti popia
1. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. Kacau rata.
2. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. Perasakan dengan garam dan juga perisa @ gula (jika suka).
3. Tutup api dan sejukkan.
4. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
Cara penyediaan sambal
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan.
2. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering.
3. Masukkan popia yang sudah digoreng tadi. Kacau rata. Matikan api dan taburkan bijan, daun sup yang telah dihiris dan potongan cili hidup. Gaul. Hidangkan.
NOTA :
Untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan ketika buat sambal, sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. Begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jadi lembik selepas disira.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.