Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa. Maaf ya, kali ni saya tak share resepi tetapi saya ada kongsi gambar menu dan lauk pauk kampung sebagai panduan nak berbuka atau bersahur bagi yang memerlukan, terutama suri rumahtangga yang dah kering idea nak masak apa untuk keluarga tercinta nanti.


Jika ada menu masakan yang anda suka dan mahukan resepinya, saya akan share kemudian. Kerana entri ini sekadar gambar masakan sebagai panduan kita suai padan dengan bahan yang kita ada. Mana sesuai dan anda suka, boleh je ikut menu yang dicadangkan seperti dalam gambar.

Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa


Jom layan gambar je...

Semua gambar dari sumber fb bunga_lavenders. Diharap dapatlah kita cari idea nak masak lauk pauk untuk keluarga tersayang, terutamanya dalam bulan puasa. Kombinasi lauk pauk, ulaman dan sayur.

1. Ikan goreng, sup daging, sambal belacan + mangga, ulam petai dan timun


🍋 Resepi Pilihan 🍋

  1. Ais Cikong Sedap Mudahnya Nak Buat
  2. Mee Goreng Basah Mudah Dan Sedap
  3. Lengkuas - Senarai Masakan Lebih Sedap Dengan Lengkuas

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap

2. Siput sedut lemak cili api, daging goreng cili, ulaman timun dan tomato, sambal budu


18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap

3. Ikan goreng, kari kepala ikan, tempe goreng garing, kerabu sayuran, sambal belacan



4. Ikan goreng, sayur lemak kuning, paceri nenas, sambal belacan, 


🍋 Resepi Pilihan 🍋

  1. Siakap Sweet Sour Sedap Sangat
  2. Resepi Udang Goreng Sedap Rangup Disalut Dengan Serbuk Roti
  3. Sup Ikan Merah Yang Sedap Dan Segar
Jom cuba: Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba.. 

Dapat makan lauk pauk simple seperti ikan goreng, lemak batang keladi, paceri nenas.. pun dah cukup membuka selera!!


5. Ikan goreng, terung goreng, sambal udang petai, sayur bayam goreng


Ya Allah, sedap-sedap lauk pauk kampung yang dimasak. Tengok gambar bawah.. kombinasi ikan goreng, lemak kuning pisang, tumis bayam, terung bakar, sambal udang petai dan sambal belacan.. memang "heaven" kan??


6. Ikan goreng, ikan masak singgang, telur masin, ulaman



7. Lemak nangka kaki ayam, ikan bawal goreng, ulam peria rebus, sambal tumis ikan bilis terung pipit dan ulaman


🍋 Resepi Pilihan 🍋

  1. Koleksi Aneka Resepi Udang Paling Sedap
  2. Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar
  3. 9 Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat Dan Cairkan Lemak


8. Sambal belacan, ikan goreng dengan sayur lemak kuning dan ulam jering



9. Ikan goreng, kerabu tauge, ulam peria rebus, sambal belacan, lemak kuning nangka



Lagi satu kombinasi lauk pauk kampung yang enak, cantik di pandang dan pasti sedap di tekak.. hehe, gambar atas menu nampak simple tetapi sayur nangka masak lemak memang legend. Ada urap dan ikan goreng. Hmm... sambal belacan jangan dilupa. Ni orang lalu kiri kanan memang tak perasan la..

10. Sambal tumis ikan bilis, ikan goreng, lemak kuning petai, dan ulaman


🍋 Resepi Pilihan 🍋




11. Ikan goreng, kari ikan, sambal paru, sambal belacan, peria goreng dengan udang



Mari kita tengok gambar seterusnya. Lagi legend lauk lauk ni. Wow! Kombinasi yang membuka selera, dengan sambal belacan dan sayur lemak bayam. Pun dah sedap. Kemudian ditambah dengan paceri nenas dan ikan goreng. Tak tau berapa pinggan bertambah nanti.. 😊😊

12. Ikan goreng, sambal belacan, paceri nenas, sayur bayam masak lemak putih



13. Ikan goreng, lemak kuning rebung, sambal udang dan ulaman


🍋 Resepi Pilihan 🍋 

  1. Resepi Sayur Lemak Pisang Muda Paling Sedap
  2. Resepi Sup Daging Paling Sedap
  3. Ikan Bawal Putih Masak Masam Manis Dengan Cara Mudah
  4. Kuih Lapis Sedap Lemak Dan Lembut Sukatan Cawan


14. Ikan goreng, isi ayam goreng berempah, sambal sotong, lemak putih tauge dengan udang dan ulaman



15. Ikan goreng, kangkung goreng belacan, udang galah masak sambal, ulam petai, lemak kuning ikan masin


🍋 Resepi Pilihan 🍋

  1. Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat
  2. Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah
  3. Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu


16. Lemak kuning ketam, telur masin, ikan goreng, sambal udang, ulam raja



Lagi satu menu kampung yang membuka selera. Ikan goreng dah semestinya bagi anak-anak yang tak makan pedas. Ada udang sambal petai, ketam lemak cili api dan telur masin. Ulaman dan betik jadi juadah sampingan yang menambah selera.

17. Sotong goreng cili, ikan goreng, ikan parang masak asam, ulam petai dan sambal belacan



18. Sambal telur puyuh, ikan goreng, peria goreng berlada, kari daging, sayur kerang goreng bawang


🍋 Resepi Pilihan 🍋

  1. Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori
  2. Resepi Muffin Jagung Kukus Sukatan Cawan
  3. Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!
  4. Resepi Bakwan Lebih Nipis Rangup Dan Sedap


Semoga paparan menu lauk pauk kampung yang dikongsikan dapat memberikan idea, panduan dan kelainan dalam masakan yang dihidang untuk keluarga. Kalau dari menu-menu di atas, pasti anda perasan bahawa tiada masakan berasaskan ayam dan daging ada sikit. Sebab apa ya? Haha.. telur pun tak ada.. mungkin si tukang masak gemarkan seafood dan ikan berbanding masakan berdaging.




Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close