Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kebaikan Manakah Yang Akan Membawamu Ke Syurga?

Kebaikan Manakah Yang Akan Membawamu Ke Syurga? Ada tak sekelumit kebaikan yang kamu buat pada hari-hari yang dilalui. Apakah sempat kita mengingati kedua orang tua dalam doa-doa, sempatkah hadiahi senyuman kepada orang lain walau tak kenal? Ada tak sekelumit kebaikan kita buat kepada rakan sekerja kita atau kita banyak mendengki kepada mereka? Bila nampak kucing di jalanan, adakah kita terbuka hati memberi makan atau jika tiada makanan, at least kita sentuh tubuhnya dan mendoakan keselamatan kucing itu? Subahnallah.. kita tak tahu, kebaikan manakah yang akan menghantar kita ke syurga Allah. 

Oleh itu, walau secebis kebaikan yang kita buat mohon doa dalam hati agar Allah redha. Biar orang lain tertawa, mengata, mencebik.. abaikan aura negatif tersebut. Buatlah kebaikan Lillahi Taala..

Kebaikan Manakah Yang Akan Membawamu Ke Syurga?


Kebaikan Manakah Yang Akan Membawamu Ke Syurga?

Sewaktu artikel ni ditulis, kita berada pada pertengahan ramadan, yang mana masuk fasa kedua di bulan ramadhan iaitu fasa pengampunan, sepertimana hadis Nabi Saw : 

“Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya itqum minan nar (Pembebasan dari Api Neraka)” 

Alangkah indah jika kita dijemput Illahi dalam keadaan diri sedang berpuasa, dalam keadaan langkah kaki ingin pergi ke tempat yang mulia iaitu Masjid, dalam keadaan niat ikhlas untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan, dalam keadaan dirimu sebagai seorang penuntut ilmu dan dikira sebagai seorang yang berjihad sehingga pulang ke kampung asalmu. AllahuAkhbar, Insya Allah kematian Khusnul Khotimah dan Syurga Sebagai pengganti. 

Maka dari itu, beramal lah dalam keadaan niat hati yang ikhlas, walau sekecil-sekecil amalan, namun jika disertai dengan hati yang ikhlas Lillahi Taala, ganjarannya lebih besar dibanding dengan amalan yang besar tapi tidak disertai dengan hati yang ikhlas.

Siapa tahu, dengan amalan yang kecil itu menjadi asbab kita masuk ke syurga disebabkan Allah redha kepada kita. 

Seperti kisah lmam Al-Ghazali, sewaktu beliau menulis kitab, datang seekor lalat yang nampak kehausan, lalu meminum tinta lmam Al-Ghazali, melihat hal itu, lmam Al-Ghazali sengaja membiarkan lalat itu meminumnya sehingga selesai. 

Setelah kewafatan Imam Al-Ghazali, telah bermimpi sahabat karib dari Imam Al-Ghazali yang juga merupakan seorang ulama. Maka dalam mimpi tersebut, kawan karib itu bertanya. Wahai Imam. Bagaimana keadaanmu sekarang? Jawab Imam Al-Ghazali, Allah telah menempatkan aku di tempat yang paling tinggi, maka kawan karib itu bertanya, adakah disebabkan kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang engkau tulis?? Maka jawab Imam Al-Ghazali, tidak!! Allah menempatkan aku ditempat yang paling tinggi disebabkan aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan.. AllahuRabbi.. 

Ulama juga berkata : Hati yang ikhlas ini, umpama seekor semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dan dimalam gelap gelita. Kita sendiri pun tidak tahu, adakah kita beramal selama ini disebabkan Manusia? Adakah kita beramal selama ini disebakan perintah Allah semata-mata? atau kita beramal kerana ikhlas Lillahi Taala? Perbetulkan niatmu!

Sebagai akhir kalam, saya hanya mahu berpesan buatlah kebaikan dan berbuat baik sesama manusia dan makhluk Allah yang lain selagi mereka tidak memudaratkan kita dan agama yang kita anuti. Perbuatan baik yang ikhlas dan Allah redha, nescaya ia mampu menghantar kita ke syurga Allah. 

Insyaa Allah, semoga Allah redha.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. berbuat baik sesama manusia insyallah di balas dengan baik juga

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close