Koleksi Air, Jus Buah Dan Koktail Popular Di Bulan Ramadan. Benda paling popular dalam bulan ramadan adalah segala jenis minuman samada dari jenis air warna warni, jus buah-buahan dan kordial. Memang air-air ni yang dicari dan dibeli. Dapat minum air segar dan sedap, itu pun dah cukup. Kemudian, baru cari makanan yang berat sikit. Makan sikit dah kenyang sebab dah menelan air satu gelas besar.. hihi
Cuba tengok air-air di atas, mana satu idaman kalbu dalam bulan ramadan?? Samada buat sendiri atau beli, saya pasti ramai dari kita yang akan menyediakannya semasa berbuka. Air, jus buah atau koktail antara koleksi minuman yang sedap dan segar semasa berbuka.
Sila lihat kesemua air katira yang saya share kan.. dari warna saya dah boleh tahu air katira tu sedap atau tak.. haha

Koleksi Air, Jus Buah Dan Koktail Pooular Di Bulan Ramadan
Dalam banyak-banyak minuman popular di bazar ramadan, yang terlalu biasa kami beli adalah air katira. Ada macam-macam warna dan rasa air katira. Rasa paling saya suka adalah air katira cincau dengan biji selasih dicampur dengan air soda. Ya Allah.. bau soda dia pun dah boleh mengeluarkan air liur. Haha..
Sila lihat kesemua air katira yang saya share kan.. dari warna saya dah boleh tahu air katira tu sedap atau tak.. haha
Seterusnya, air jus tembikai. Wow!! Dengan ketulan tembikainya masih bersisa, minum sambil kunyah tembikai, bukan setakat jusnya sahaja. Ini pun selalu kami beli. Bagus untuk penghidap kencing manis pun ya ni..
Air teh madu kaw merah pekat tak ingat dunia.😀😀😀. Ada satu bazar saja yang pandai buat rasa sedap kat tempat saya. Dan, bila kita orang datang dah tahu nak teh madu..
Koktail buah-buahan campur pun jadi kegemaran. Kadang-kadang kami beli, ada juga yang buat sendiri. Buah-buahan campuran dalam koktail tu membuatkan minuman tersebut amat menyegarkan. Buat satu jug besar pum tak cukup.
Selain minuman yang disenaraikan di atas, ada juga jus buahan lain yang jadi kegemaran kami dalam bulan ramadan ini, contohnya jus durian belanda, jus mangga dan juga jus epal.
Namun air minuman seperti nescafe, teh, kopi dan milo panas juga antara hidangan minuman berbuka yang enak dan menyegarkan.
Jika ada koleksi minuman dalam bulan ramadan yang anda suka selain di atas.. bolehlah kongsikam kepada kami di ruangan komen.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.