Minum Petang Dengan Pisang Goreng Coklat Cheese. Ini bukanlah pengalaman kali pertama kami. Dah pernah rasa sebelum ni yang perisa strawberry, oreo, coklat dan lainnya. Ada rasa yang agak okay, ada rasa yang kurang sesuai dicampur pada pisang goreng. Tapi dah dia orang buat innovasi, bagilah support kekawan ya..
Siang tadi pergi cari pisang goreng cheese. Di tempat biasa. Gerai ni masih amal cara perniagaan manual, tak ada delivery. Masak pun agak perlahan, tak ada pembantu, hanya mak cik tua sesorang yang buat kerja. Bila ada pelanggan datang kena tunggu lama, pelanggan pun cabut la.. sayang kan..
Pisang goreng coklat cheese. Cheesenya memang banyak, bila ditabur atas pisang goreng panas, dia jadi cair.
Beli dalam 3 bungkus, setiap sebungkus ada 10 batang pisang. Banyak dan penuh satu bekas plastik tu. Kami ambil 2 bungkus dan yang lebih 1 bungkus bagi pada orang. Ingatkan sikit, rupanya banyak. Mana lah nak habis..
Minum Petang Dengan Pisang Goreng Coklat Cheese
Pisang goreng coklat cheese. Cheesenya memang banyak, bila ditabur atas pisang goreng panas, dia jadi cair.
Beli dalam 3 bungkus, setiap sebungkus ada 10 batang pisang. Banyak dan penuh satu bekas plastik tu. Kami ambil 2 bungkus dan yang lebih 1 bungkus bagi pada orang. Ingatkan sikit, rupanya banyak. Mana lah nak habis..
Begitulah rupa pisang goreng coklat cheese yang kami beli. Cheesenya memang banyak, tapi coklatnya sikit aje. Tu yang rasanya agak kurang kaw.. hehe
Secara keseluruhannya, okay la. Sebab tahun lepas kami ada beli jugak, coklatnya banyak dan meleleh. Rasanya pun lemak manis. Sekarang ni rasanya dah agak kurang sedikit..
1 Comments
Suka makan goreng pisang kosong cicah sambal kicap
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.