Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Persahabatan Yang Salah?

Persahabatan Yang Salah? Apa maksudnya persahabatan yang salah? Adakah kita tak dibenarkan bersahabat dengan seseorang itu yang menyebabkan persahabatan tersebut menjadi tidak dibenarkan? Adakah persahabatan yang berlainan gender itu dikatakan salah?


Ada banyak jenis persahabatan dalam setiap kehidupan manusia. Ada persahabatan di alam persekolahan. Sahabat yang dijalin ketika kanak-kanak. Ada juga mula bersahabat ketika dah mula bekerja. So, di mana salahnya sebuah persahabatan??

Persahabatan Yang Salah?

Apakah kita perlu menjauhkan diri dari semua orang agar tidak terjebak dalam persahabatan yang salah?

Persahabatan Yang Salah?


Persahabatan merupakan satu jalinan ikatan yang suci melibatkan perasaan ikhlas antara dua makhluk atau lebih. Tak kisah makhluk itu manusia atau binatang peliharaan. Bila disebut persahabatan, ia melibatkan kasih sayang. Saling menghormati dan saling berhubung. Kalau tidak, ia disebut permusuhan.

Antara persahabatan dan permusuhan, mana yang lebih suci dan menenangkan. Mendamaikan? Bukankah persahabatan? Mengapa pula ada yang mendakwa persahabatan yang salah.

Saya memang tak faham. Persahabatan adalah satu ikatan yang suci, tak tercemar walau dalam keadaan tenang dan gawat. Walau dalam keadaan susah dan senang. Dalam keadaan gembira dan sedih, persahabatan akan menjadi tali. Tali yang memujuk jiwa, tali yang mengaitkan sebuah nasihat, menjadi bahu tempat bersandar.


Memang ada terjadinya persahabatan yang salah. Salah kerana terkhilaf meletak perasaan yang berlebihan kepada persahabatan hingga menjadi fanatik kepada sahabatnya itu. Umpama dia kita yang punya. Timbul cemburu atas perlakuan sahabatnya. Itu memang salah!

Menjalin persahabatan dengan gender yang berbeza pun boleh wujud terma persahabatan yang salah. Sebaiknya, jika anda wanita dan bersahabat dengan lelaki yang berkeluarga, maka bersahabatlah dengan seluruh keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya. Itukan lebih manis.. betul tak?

Coretan di atas sekadar sebuah luahan santai buat sahabat-sahabat di luar sana. Tidak salah menjalin persahabatan asalkan tahu batas dan pandai menjaga akhlak.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Mudah2an tidak terjalin persahabatan yang salah dalam hidup kita

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close