Resepi Agar-Agar Koktail. Biasa saya buat agar-agar santan, agar-agar sirap dan milo. Kali ni dapat resepi dari facebook tentang agar-agar koktail. Rasa macam nak buat dan cari bahan-bahannya kejap lagi. Nak bagi anak-anak pula rasa, kalau sedap bolehlah buat selalu sebab caranya pun senang je. Macam buat agar-agar sirap atau santan juga.
Jomlah sama-sama kita tengok resepinya. Kalau sesiapa yang ada kesempatan, boleh lah cari bahan dan mula buat untuk keluarga.
Dah siap dah agar-agar koktail saya. Masuk dalam bekas aiskrim je, mana yang sempat...
Nota:
Jomlah sama-sama kita tengok resepinya. Kalau sesiapa yang ada kesempatan, boleh lah cari bahan dan mula buat untuk keluarga.

Di bawah ni adalah sekadar gambar hiasan.. yg saya buat boleh lihat gambar paling bawah sekali di akhir artikel.


Resepi Agar-Agar Koktail
Saya dah beli bahan-bahan nak buat agar-agar koktail. Sat lagi saya nak buat untuk family saya rasa.. hehe
Bahan-bahan:

Bahan-bahan:
1 bungkus atau 20 gram agar-agar bertali
900 ml air
1 tin koktail buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Cara penyediaan;
1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktail berserta airnya sekali
3.Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan 2 - 3 minit
4. Tuang dalam loyang dan sejukkan

Dah siap dah agar-agar koktail saya. Masuk dalam bekas aiskrim je, mana yang sempat...

Nota:
Ketika merebus agar-agar api jangan lah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cair akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.