Resepi Sardin Masak Kicap Yang Ringkas. Dah dua hari lepas kami makan lauk sardin. Buat yang ringkas je dan mudah. Lagipun saya tak boleh makan sardin, nanti angin satu badan. Masak untuk anak-anak dan suami je. Kita tukang merasa sikit boleh lah.. tak tahu kenapa saya alah dengan sardin dan timun. Timun tak makan waktu pagi atau yang belum dimasak. Sardin pula masak apa pun, saya memang tak boleh makan. Kalau degil jugak nanti saya kena migrain, angin naik ke kepala.
Bahan-bahan:
1 tin sardin saiz besar - kalau tak suka kuahnya, boleh ambil isi sardin sahaja
1 biji awang besar - hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 inci halia - hiris
10 tangkai cili padi - hiris
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
1. Tumis bahan hiris sampai naik bau. Masukkan asam keping. Kemudian, masukkan sardin dan kacau rata.
2. Tuangkan kicap dan sos cili secukupnya.
3. Perisakam dengan garam dan gula, jika suka
Hidangan sardin masak kicap dah siap untuk dimakan.
Makan dengan roti dan nasi panas-panas pun sedap. Memang bertambah pinggan, betul tak?
Kalau nak mencuba, dipersilakan. Sebenarnya.. bagi orang lama dah tak heran nak masak sardin ni. Dari zaman susah hingga senang.. sardin tetap masih dicari. Masak dengan pejam mata pun boleh!! Haha..
Resepi ni khas untuk newbie.. 😘😘😘
Masak lauk sardin berkicap yang amat ringkas. Tak letak sohoon atau kentang. Pun sedap. Sebab anak bujang saya kata nak makan sardin yang asli, tak mau ada bahan-bahan tambahan.. ikutkan je lah.
Kebiasaannya saya kalau masak sardin pasti ada benda tambahan seperti kentang, soohon dan banyak lagi.
Kebiasaannya saya kalau masak sardin pasti ada benda tambahan seperti kentang, soohon dan banyak lagi.
Resepi Sardin Masak Kicap Yang Ringkas
Bahan-bahan:
1 tin sardin saiz besar - kalau tak suka kuahnya, boleh ambil isi sardin sahaja
1 biji awang besar - hiris
3 ulas bawang putih -hiris
2 inci halia - hiris
10 tangkai cili padi - hiris
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
Cara menyediakannya;
1. Tumis bahan hiris sampai naik bau. Masukkan asam keping. Kemudian, masukkan sardin dan kacau rata.
2. Tuangkan kicap dan sos cili secukupnya.
3. Perisakam dengan garam dan gula, jika suka
Hidangan sardin masak kicap dah siap untuk dimakan.
Makan dengan roti dan nasi panas-panas pun sedap. Memang bertambah pinggan, betul tak?
Kalau nak mencuba, dipersilakan. Sebenarnya.. bagi orang lama dah tak heran nak masak sardin ni. Dari zaman susah hingga senang.. sardin tetap masih dicari. Masak dengan pejam mata pun boleh!! Haha..
Resepi ni khas untuk newbie.. 😘😘😘
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.