Sahur Dengan Siakap Masam Manis, Ringkas Dan Sedap. Siakap memang ikan kegemaran kami sekeluarga. Isinya yang lembut dan manis serta tulangnya ysng rangup bila digoreng garing memudahkan kerja memasak menu ikan saya kali ini. Sahur hari ni kami bertemankan siakap masam manis. Laju je anak-anak dan hero saya makan. Hehe..
Ikan siakap masam manis, masak 2 ekor sekali.. boleh dia orang nak ratah-ratah ikan tu..
Selamat mencuba.
Nota: saya tak masukkan asam keping kerana telah diganti dengan tomato dan sos tomato. Kalau nak letak pun boleh.💖💖
Ikan siakap masam manis, masak 2 ekor sekali.. boleh dia orang nak ratah-ratah ikan tu..
Resepi Siakap Masam Manis, Ringkas Dan Sedap
Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 tangkai cili hidup - hiris
2 inci kayu manis
1 batang serai - hiris
2 biji tomato - belah 4
Garam secukupnya
Sos cili dan tomato secukupnya
Cara menyediakan:
1. Tumis semua bahan hiris dan kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng garing ke dalamnya dan kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan tomato yang dibelah 4, matikan api.
Sedia dihidangkan dan makan dengan nasi panas. Memang membuka selera pagi sahur anda.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng garing ke dalamnya dan kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan tomato yang dibelah 4, matikan api.
Sedia dihidangkan dan makan dengan nasi panas. Memang membuka selera pagi sahur anda.
Selamat mencuba.
Nota: saya tak masukkan asam keping kerana telah diganti dengan tomato dan sos tomato. Kalau nak letak pun boleh.💖💖
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.