Telur Hancur Tumis Dengan Bawang Holland. Hehe.. menu bersahur yang amat simple, pakai campak-campak dah siap. Menu budak duduk rumah sewa pun boleh.. sejak dari zaman anak dara dan sekarang dah jadi mak dara, lauk ni tetap jadi pujaan hatiku. Itulah sebab mengapa stok telur mesti ada pada setiap rumah.
Setuju tak??
Telur hancur masak tumis. Saya tumis dengan bawang holland. Nak guna bawang merah pun boleh, ikut suka.
Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 biji bawang holland - dihiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
10 tangkai cili padi - diketuk
Garam secukupnya
1. Tumis semua bahan yang dihiris dan diketuk. Hingga naik bau
2. Masukkan secawan air. Kalau nak lebih kuah, tambah air
3. Setelah mendidih, masukkan perisa. Kacau rata.
4. Akhir sekali pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau. Bila telur dah masak, terbalikkan telur sekejap.
5. Siap untuk dihidangkan.
Jonlah cuba. Amat mudah; murah dan disukai oleh semua. Hehe.. macam iklan pulak..
Kalau tak ada mood nak makan sahur, cuba lauk di atas. Pasti habis sepinggan nasi makan sahur anda.
Setuju tak??
Telur hancur masak tumis. Saya tumis dengan bawang holland. Nak guna bawang merah pun boleh, ikut suka.
Telur Hancur Tumis Dengan Bawang Holland
Antara lauk bersahur kami. Lauk yang amat simple tapi mampu membuka selera.
Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 biji bawang holland - dihiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
10 tangkai cili padi - diketuk
Garam secukupnya
Cara menyediakan:
1. Tumis semua bahan yang dihiris dan diketuk. Hingga naik bau
2. Masukkan secawan air. Kalau nak lebih kuah, tambah air
3. Setelah mendidih, masukkan perisa. Kacau rata.
4. Akhir sekali pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau. Bila telur dah masak, terbalikkan telur sekejap.
5. Siap untuk dihidangkan.
Jonlah cuba. Amat mudah; murah dan disukai oleh semua. Hehe.. macam iklan pulak..
Kalau tak ada mood nak makan sahur, cuba lauk di atas. Pasti habis sepinggan nasi makan sahur anda.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.