Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Perkara Yang Buat Anda Kecil Hati?

Apakah Perkara Yang Buat Anda Kecil Hati? Dalam kehidupan ini ada banyak perkara yang kita perlu jaga. Adab dan akhlak, tutur kata, tali persaudaraan dan banyak lagi. Sekali ianya tersakiti, ia dah tak sama seperti sebelumnya. Akan timbul jurang pemisah, hubungan retak, hati dah tak ceria seperti biasa. Bila sekali telah tersentuh, biasanya sukar untuk kembali seperti biasa.

Sebab itu, ada perkara yang kita boleh buat dan tak boleh dalam sebuah kehidupan. Usah menyakiti hati orang lain atau membuatkan seseorang berkecil hati. Jaga tutur kata dalam perbualan. Ada bezanya cara kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Contohnya dengan orang yang lebih tua, rakan sekerja, golongan berlainan latar belakang.. itu semua berbeza. Ada caranya.. ok!

Apa Yang Buat Anda Kecil Hati?
Gambar hiasan

Apakah Perkara Yang Buat Anda Kecil Hati?


Anda selalu berkecil hati? Dengan siapa pula tu? Biasalah.. hidup bercampur masyarakat, adik beradik dan kawan-kawan, pasti pernah sesekali kita berkecil hati. Jom tengok sebab musabab kita terasa atau berkecil hati dengan seseorang.

1. Tak diingati


Perkara paling kritikal yang membuatkan kita berkecil hati tentulah bila tak diingati. Mungkin seseorang terlupa hari jadi kita, mungkin kawan-kawan tak bawa kita lepak dengan yang lain sebab lupa agaknya, atau mungkin kita dah tak diingati oleh rakan-rakan lama. Bila terjumpa kita kenal dia tetapi sebaliknya dia tak kenal kita.😅😅 tu pun boleh jadi punca kita kecik hati..

2. Orang mengata di belakang


Hmm.. orang mengata di belakang kita. Apa perasaan anda? Lebih- lebih lagi kita terdengar. Tentulah terasa hati, kan? Rasa macam nak menangis pun ada bila yang diperkatakan itu tak betul. Kalau dapat sergah, lagi bagus!! Biar dia orang pula yang bengang..

3. Tidak memulangkan barang dipinjam


Barang yang dipinjam tak dipulang. Tentu kita kecil hati. Contohnya, pinjam duit, pinjam baju, tudung, alat solek dan sebagainya. Dah pinjam tak reti nak pulang. Bila kita minta balik, kita pula yang dibuat musuh. Itulah nasib dan resam dunia.

4. Dibandingkan Dengan Orang lain


Contohnya dalam adik beradik. Ada ibubapa yang suka membandingkan seorang anak dengan anaknya yang lain. Kononnya adik pandai dari abang, kakak lebih cantik dari adiknya, kurus atau gemuk dan sebagainya. Perbandingan begitu menjatukan emosi anak-anak. Ia tak patut berlaku dalam masyarakat kita terutamanya bagi yang beragama islam. Rasulullah mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Itulah antara perkara-perkara yang boleh membuatkan kita berkecil hati samada dengan pasangan, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Perasaan kecil hati boleh merebak jadi sakit hati dan dendam. Ia amat berbahaya kepada kehidupan dan masyarakat secara amnya.

Oleh itu, berpada-padalah ketika menuturkan kata kerana ia mungkin boleh menyakiti hati orang lain.

Semoga bermanfaat.



Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. 5. Tidak dihargai
    Orang tak pandang atau menghargai penat lelah sesuatu tugasan yang kita buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Terima kasih WP dgn pandangan yg diberi.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close