Fakta Atau Auta? Durian Menggemukkan? Bila tiba musim durian, tak habis-habis entri pasal durian yang saya terbitkan dalam blog. Itu namanya serampang dua mata. Dalam syok makan durian, kita dapat info baru. Dapat cuba macam-macam jenis durian. Ada durian kanpung dan ada juga durian yang ditut menjadikan ianya jadi luar biasa pada harga dan rasanya.
Ada kata durian boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mungkin ya.. sebab durian ni sifatnya panas dan tinggi kalori. Dan kebanyakan durian manis rasanya. Memang kena jaga-jaga bagi penghidap kencing manis dan darah tinggi ya!!
Durian Menggemukkan? Fakta Atau Auta?
Betul ke? Tak caya?
Kena percaya dik non! Nanti lepas makan berbiji-biji durian, pergi timbang berat anda! Percaya cakap saya. Sebab.. saya dah buat.
Lepas makan durian dengan jumlah yang agak banyak (dalam 8 ulas), berat saya telah bertambah setelah ditimbang.
Durian boleh meningkatkan berat badan kerana mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian secara purata 1 kilogram mempunyai 1400 kalori dan seulas buah durian mempunyai 59 kalori.
Hehe.. amacam? Fakta atau auta?
Nak bakar 59 kalori (=1 ulas durian), kita kena berjogging selama 1/2 jam tau!! Anggaran anda berlari dalam tempo biasa. Sanggup ke tu?
Tapi.. jika dah suka durian, nak buat macam mana? Ya tak? Makan dulu, jogging atau diet tolak tepi..
1 Comments
Nasib baik durian tak berbuah sepajang tahun.
ReplyDeleteTapi ramai yang tak makan durian gemuk juga.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.