Buang Racun, Toksin Dalam Badan Dengan Air Rebusan Kismis. Kismis bagus untuk minda. Ini memang dah terbukti. Kedua-dua putera saya mengamalkan makan kismis sedari mereka kecil lagi hinggalah sekarang. Beli yang balang besar punya, yang timbang kilo pun ada. Insyaa Allah anak cerah otak dan mudah hafal.
Dan, apa yang saya nak kongsikan di bawah ni bukanlah tentang cara nak makan kismis.. tapi khasiat air rebusan kismis untuk buang toksik dan racun dalam badan.
Kismis terbaik dari buah anggur segar |
Khasiat Air Rebusan Kismis Untuk Buang Toksik Dan Racun Dalam Badan
Ini adalah alternatif rawatan untuk buang racun dan toksik dalam badan. Kismis iaitu sumber semula jadi vitamin serta mineral, namun manfaatnya bakal meningkat cepat bila anda mengamalkan rendaman air kismis ini kerana kandungan gulanya yang kurang.
Jom kita sama-sama amalkan dan rasai manfaatnya.
Bahan-bahan
400 ml air /
2 cawan air
150 gram Kismis
Langkah-langkah
1. Pilih kismis dengan kualiti yang baik, sebaiknya pilihlah kismis organik.
2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan Kismis lalu didihkan selama 20 minit.
3. Matikan api, tutup periuk. Biarkan Kismis terendam semalaman.
4. Pada keesokan harinya, saring dan tuangkan ke dalam gelas air kismis itu.
5. Minum pada pagi hari waktu perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan.
6. Lakukan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut sebulan sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.
Apa manfaat air kismis?
-Merangsang sistem biokimia tertentu dalam hati yang menolong detoksifikasi aliran darah anda bekerja lebih efektif.
-Manfaat air kismis dari buah anggur sendiri, yang boleh meningkatkan kesihatan pencernaan serta mempunyai lebih banyak tenaga.
-Menghilangkan kolesterol tidak diperlukan
-Menurunkan kadar trigliserida
-Mencegah sembelit atau sakit perut.
Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua.
1 Comments
Boleh cuba ni.
ReplyDeleteBiasanya makan kismis macam tu aje.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.