Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lemang, Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini. Bila nak dekat raya ni ada je menu lemang, ketupat, rendang daging dan serunding bermain-main di kepala otak. Bukannya tak boleh tunggu time raya nanti tetapi banyak benor khemah jual benda alah ni sepanjang jalan balik kerja. Tak singgah beli kata sombong pulak@%&😅😅, bila dah singgah.. macam nak memborong semuanya. Aduhaii.. nafsu memang jahat kan??


Selamat lah sudah kami membeli dan berbuka dengan lemang dan rendang daging. Dah nak akhir ramadan, dah tak ada mood nak makan menu biasa, dah agak bosan kut.. 

Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini


Hasil menyinggah kat khemah jual lemang dan suku sakatnya, maka hari ini mem buka lemang dengan rendang daging dan serunding daging ya. Jangan jeles kami dah raya dulu.. hehe

Lemang, Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

Sebatang lemang saiz besar ni harganya RM18.00. Lemang yang amat lembut, lemak santannya secukup rasa dan masinnya pun ngam dengan lidah saya. Tak menyesal beli tau.. syukur..

Lemang, Serunding Daging Dan Rendang Daging Menu Berbuka Hari Ini

Begitu juga dengan serunding daging dan rendang dagingnya.. sedap, manis dan ramuannya semua ada. Rendang dagingnya pulak rasa daun kunyitnya memang menaikkan selera.


Durian yang menyibuk tu adalah durian 1O1. Sedap sangat. Isinyq kuning menyala tu.. harga sebiji saya beli RM34.00. Nak rasa punya pasal tak apa, mahal pun mahal lah. ❤❤


Untuk saiz tupperware kecil tu, rendang dan serunding daging dijual pada harga RM10.00 satu. Ada yang kata mahal serunding tu.. tapi tak tak hangpa semua nak buatnya pun susah. Makan masa lama pulak tu..

Anda pula buka apa hari ni? Mesti menu yang sedap-sedap kan.. yang penting beli dan makan. Jangan membazir.

Selamat berbuka..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Kat sini juadah raya dah mula sejak minggu lepas.
    Tradisi munjung raya (menghantar juadah ke rumah2 jiran/saudara mara) mereka buat awal sebelum raya.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close