Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Menu Berbuka Puasa. Mesti ada yang pelik kan? Hai takkan dalam bulan ramadan pun masih mengidam nasi lemak?? Tak pelik pun, ada je orang jual di bazar ramadan tu nasi lemak kukus, ayam berempah, nasi lemak pandan dan macam-macam lagi. So jangan pelik sangat, okay! 😎😎
Nasi lemak ayam goreng berempah tu hanya satu menu. Belum lagi air katira johor yang popular tu. Ia memang antara minuman kegemaran sekeluarga. Pencuci mulut atau dessert saya potongkan mangga yang dibeli dari Value Mart. Memang manis mangganya, tapi kalau membeli belah pun kita kena pandai memilih. Takut terkena buah yang dah busuk. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna..

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Menu Berbuka Puasa
Juadah berbuka petang ini. Menu utamanya adalah nasi lemak ayam berempah. Harganya RM5.00 sebungkus.
Nasi lemak yang kami beli bukanlah nasi lemak sebarangan. Ia adalah nasi lemak yang dikukus dengan segala halba untuk menjadikannya sentiasa sedap, lemak dan lembut walau dah sejuk. Cuba tengok segala herba yang dimasukkan. Memang sedap dan wangi nasi lemak ni. Bau santan dia satu rumah boleh hidu jika kita buka nasi lemak tu..
Sambal dia pun kaw!! Merah menyala tapi pedasnya sedang-sedang je dan manis sikit. So, rasa sambal yang legend la, macam mak-mak kita masak dulu-dulu..
Ala, tak ada timun dan kacang serta ikan bilis?? Ada.. ia tertimbus dibawah segala nasi dan ayam tu..😍😍😍
Walau dalam bulan ramadan, tak semestinya kita tak boleh berbuka dengan nasi lemak. Nasi lemak kukus ini memang tak memuakkan, sedap dan lembut serta harum halba dan herbanya memikat selera kami sekeluarga.
Selamat berbuka semua..

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.