Resepi Daging Goreng Kunyit Simple Dan Sedap. Memang agak jarang saya nak masak menu berasaskan daging kat rumah. Lagipun saya agak kekurangan resepi yang nak dirujuk untuk memasak daging. Jadi, agar tidak menghampakan permintaan hero bujang saya, maka saya buat juga satu resepi yang dah biasa saya buat iaitu daging goreng kunyit yang simple tapi sedap sangat! Masuk lif tekan sendiri, 😂😂😂
Kali ni saya perap dulu daging dengan bahan-bahan seperti kunyit, halia, serai dan sedikit garam. Supaya.. Rasa bahan tersebut lebih menyerap dan naik rasanya. Lain tau rasanya bila anda goreng terus daripada perap dalam 1/2 jam dulu. Cubalah..
Jom kita lihat bahan-bahannya dan cara penyediaannya. Selamat mencuba ya!
Resepi Daging Goreng Kunyit Simple Dan Sedap
Bahan-bahan:
1 kg daging - hiris tebal (saya perap dengan serai, halia, kunyit dan garam - dalam 1/2 jam)
1 mangkuk kacang panjang
1 mangkuk kecil lobak merah
1 biji bawang holland - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili hidup - hiris
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Cara penyediaan:
1. Goreng daging yang diperap tadi hingga masak dan empuk. Ketepikan.
2. Tumis bahan hirisan seperti bawang, bawang putih, cili hidup hingga naik bau.
3. Masukkan kacang panjang dan lobak. Kacau rata.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata sekali lagi.
Siap!
Daging goreng kunyit siap untuk dihidangkan. Saya goreng dulu dah perap daging dengan bahan perapan di atas supaya rasa bahan tersebut lebih meresap dan lagi sedap. Macam ni saya tak makan dengan nasi, saya ratah macam tu je. Sedap sangat!!
Kalau nak cuba dipersilakan. Caranya pun mudah. Cuma masa hiris daging agak mencabar jugak la, sebab daging kan kalau masih mentah liat sikit nak di hiris. Hehehe..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.