UBAT LUPA - Adalah dengan tinggalkan maksiat. Jika kita kaki maksiat, selalu mungkar dengan perintah Allah.. nikmat ingat akan Allah tarik sedikit demi sedikit. Sebab tu, kalau pelajar nak mudah ingat dan tak lupa apa yang dibaca ketika periksa.. banyakkan berdoa, berzikir dan baca al Quran. Bila hidup dilingkungi dengan perbuatan yang baik dan menjauhi maksiat, memang ingatan kita semakin kuat, jelas dan tak akan mudah lupa. Hafal surah pun mudah je.
Oleh itu, ajarkan anak-anak untuk menghafal surah-surah lazim sedari awal lagi kerana waktu umur mereka masih suci, urusan menghafal amatlah mudah. Kanak-kanak tiada dosa maksiat dan sebagainya, maka Allah kurniakan nikmat ingat dan minda yang bersih dan terang hati.
Ubat Lupa Dengan Tinggalkan Maksiat!
"Ketika ada kesempatan untuk melakukan MAKSIAT, ingatlah Allah sentiasa melihat, malaikat selalu mencatat dan ajal semakin mendekat."
Ali bin Khasyram رØمة الله تعالى berkata :
“Aku melihat Waki’ bin al-Jarrah رØمة الله تعالى tidak pernah membawa kitab, namun beliau mampu menghafal apa yang kami tidak hafal. Maka aku merasa hairan dengan hal itu sehingga aku pun bertanya kepada beliau,
“Wahai Waki’, engkau tidak pernah membawa kitab dan tidak menggoreskan yang hitam di atas yang putih (tidak mencatat -pent), namun engkau menghafal lebih banyak dibandingkan apa yang kami hafal.”
Maka Imam Waki’ رØمة الله تعالى berkata dengan membisikkan ke telingaku, “Wahai Ali, jika aku tunjukkan kepadamu ubat lupa, apakah engkau akan mengamalkannya?”
Aku pun menjawab, “Ya, demi Allah.”
Maka beliau menjelaskan, “Meninggalkan maksiat, demi Allah, aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat untuk memudahkan menghafal dibandingkan meninggalkan kemaksiatan.”
[ Siyarul A’lamin Nubala’, 6/384 ]
Jauhilah maksiat. Hentikan melakukan kemungkaran. Usah bangga menongkat langit dengan maksiat yang kita lakukan kerana balasan Allah itu amatlah benar. Mungkin hari ini kamu terlepas, mana tahu esok lusa Allah tunaikan janjinya bahawa pembalasan Allah itu amat dahsyat! Bala dan musibah Allah akan turun samada di dunia atau di alam sana.
Bertaubatlah sebelum terlambat.
Amatlah rugi bagi mereka yang selalu lupa dan mudah lupa kerana telah terlalu banyak diselimuti maksiat dalam kehidupan sehariannya. Contohnya mata suka tengok benda haram, lidah suka mengumpat dan bergelumang dengan maksiat terang-terangan tanpa rasa bersalah atau pun segan.
Bila nikmat Allah telah ditarik balik, nak menyesal pun dah tak berguna. Nasi sudah jadi bubur! Hanya doa dan taubat nasuha dapat membasuh segala dosa.
Bertaubatlah sebelum terlambat!!
Amatlah rugi bagi mereka yang selalu lupa dan mudah lupa kerana telah terlalu banyak diselimuti maksiat dalam kehidupan sehariannya. Contohnya mata suka tengok benda haram, lidah suka mengumpat dan bergelumang dengan maksiat terang-terangan tanpa rasa bersalah atau pun segan.
Bila nikmat Allah telah ditarik balik, nak menyesal pun dah tak berguna. Nasi sudah jadi bubur! Hanya doa dan taubat nasuha dapat membasuh segala dosa.
Bertaubatlah sebelum terlambat!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.