Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Udang Galah Masak Black Pepper Sedap Tak?

Tentang udang galah. Udang Galah Masak Apa Sedap Ya? Dapat udang galah hasil En Suami memancing. Ada dalam 65 ketul semuanya. Ketika bersihkan udang tu sempat juga saya kira.

Memasak udang galah taklah susah mana. Ada resepi dan ada yang tukang makan.. pasti seronok memasak kan? Lebih bersemangat lagi.


udang galah hasil pancingan En Suami
 
udang galah masak lada hitan

Gambar hiasan - sedap tak?

Udang Galah Masak Apa Sedap Ya?


Dalam banyak-banyak resepi udang galah, yang saya biasa masak adalah gulai udang galah. Sedap, manis dan berlemak. Hehe..

Nak cuba resepi udang galah??

Klik pada link di bawah;

Udang galah masak diraja
Udang galah masak lemak cili api
● Udang galah masak tomyam
Udang Galah Masak Tempoyak


Ha.. kalau suka resepi masakan di atas, klik je pada pautannya.

Lain-lain resepi udang galah, anda boleh search kat butang SEARCH kat blog ini. Mudah je kan?

Udang galah ni rasa isinya tawar sikit, jadi kena masak menu atau resepi yang berkuah seperti tomyam, gulai, kari, dan banyak lagi. Jadi, kulit dia tu biar je, jangan di kopek. Tapi kalau nak masak sambal, kena buang kulitnya. Nanti sambal tak resap sampai isi. Kurang sedaplah jawabnya..

Selain itu, anda boleh juga cuba masak udang galah blackpepper. Haha.. sejak dua menjak ni saya suka pulak nak masak blackpepper sebab anak bujang yang ajar.. semua benda nak di blackpepper kan..

Jom cuba!

Resepi Udang Galah Black pepper


Bahan-bahan diperlukan:

350gm udang ~ saiz sederhana
1 mangkuk brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional

Cara menyediakan dan memasak:


1. Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.

2. Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. Susun atur brokoli dlm pinggan.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.

4. Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.

Dah tak perlu masukkan garam sebab dah ada rasa masin dari garam yang kita perap dengan udang dan juga dari sos tiram dan sos blackpepper.

Terpulanglah pada selera masing-masing, samada nak tambah garam lagi atau masukkan gula skit.

Masukkan capsicum yang di dadukan dan kacau sekejap.

Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yang dah diatur tadi dengan brokoli. Selamat mencuba...

* kalau tak nak kukus brokoli tu, boleh gak masukkan sekali dlm kuali bersama-sama udang.

Boleh juga tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam sebab bila guna guna sos blackpepper dalam botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close