15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita. Bila geram dan marah dengan orang, apa perkataan yang biasa kita dengar? Kanak-kanak pun dah pandai sebut. Kalau orang tua, digelarnya juga dengan panggilan yang sama. Haish.. mesti perkataan "setan" tu tak lekang dari bibir. Betul tak? So far anak-anak saya tak berani cakap perkataan keramat tu. Takut kena cili mulut. Haha.. nak cakap pun rasa berdosa sangat. Sebab.. kita dah tahu makhluk nama "setan" tu lah yang membuatkan kita jadi jahat dan terjerumus berbuat dosa. Moga dijauhkan...
Kalau selalu sangat sebut perkataan yang keji dan buruk bila marah, itu bahaya tau. Takut ia jadi penyebab kita membuka pintu syaitan masuk dalam diri kita dan berumah di dalamnya. Allahu..
15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita
1. Pintu marah
2. Cinta dunia
3. Enggan menghadiri majlis ilmu
4. Panjang angan-angan
5. Rakus
6. Bakhil
7. Suka pujian
8. Riak
9. Ujub (kagum pada diri sendiri)
10. Takut dan gelisah
11. Buruk sangka
12. Memandang rendah orang lain
13. Suka pada dosa
14. Merasa aman dari pembalasan Allah SWT
15. Putus asa dari rahmat Allah SWT
Inilah 15 pintu syaitan yang boleh masuk dalam badan kita. Kita kena halang dan kunci pintu tersebut daripada terbuka. Kalau dah halang tetapi masih gagal, kita kena tepis dan halau ia dari dalam diri kita. Caranya? Mudah sayang.. perbanyak istighfar. Takutlah syaitan dalam tubuh kita itu.
Perbanyak sebut nama Allah dalam semua keadaan yang disebutkan di atas. Contohnya lepas marah cakap buruk dan kotor-kotor.. cepat-cepat sebut nama Allah, at least Allahu Akbar. Panas terbakar syaitan dalam tubuh dan badan kita. Mudahnya nak halau syaitan tu kan..
Benda-benda baik yang kita buat jangan dicemari dengan benda yang tak baik dan tak berfaedah. Mana yang buruk kita tinggalkan je..
Memang sukar tinggalkan benda yang dah biasa tapi jadikan ia sebagai satu hijrah melawan syaitan dalam badan. Jangan bagi chance langsung kepada dia orang syaitan durjana itu!
Benda-benda baik yang kita buat jangan dicemari dengan benda yang tak baik dan tak berfaedah. Mana yang buruk kita tinggalkan je..
Memang sukar tinggalkan benda yang dah biasa tapi jadikan ia sebagai satu hijrah melawan syaitan dalam badan. Jangan bagi chance langsung kepada dia orang syaitan durjana itu!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.