Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Amalan Mudah Buat Hati Jadi Tenang Tenteram

4 Amalan Buat Hati Jadi Tenang. Siapa tak nak ketenangan dalam hidup? Semua orang impikan sebuah ketenangan yang tiada tepinya. Tenang dari belenggu hutang, tenang dari rasa tak cukup, tenang hidup dengan family dan sebagainya. Ketenangan tak dapat dibeli walau dengan segunung intan. Tenang dan damai akan diperolehi bila kita hidup dengan baik dan lakukan perkara yang baik-baik juga. Tak ada jalan mudah untuk mencari ketenangan. Banyak juga benda yang kena dikorbankan. Mungkin anda suka pergi ke kelab-kelab, konon kat sana nak release stress, tetapi yang anda suka itu mungkin bukan terbaik bagimu. Maka berkorbanlah, usah lagi pergi ke kelab. Sebaliknya, cuba mula baca al Quran.. memang kamu akan rasa janggal dan tak suka, tetapi itu yang terbaik bagimu. Kerana disitu, akan hadir ketenangan yang kamu cari.

4 Amalan Mudah Buat Hati Jadi Tenang Tenteram

4 Amalan Mudah Buat Hati Jadi Tenang 


Saya sharekan sebagaimana petikan ceramah Ustaz Syamsul Debat. Semoga kita semua peroleh manfaatnya. Tuan ustaz telah izinkan kita share ceramahnya itu..

1. Berselawat - berselawatlah kamu steiap hari, Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, wa'ala alim Muhammad.. semudah itu. Bila kamu berselawat kepada Nabi Muhammad, Malaikat dan Allah akan berselawat kembali untukmu. Dan selawat kita itu akan jadi Syafaat kita di hari akhirat nanti. Berselawatlah.. ia jadi asbab hatimu menjadi tenang dan tenteram

2. Beristighfar - Pendek je, Astagfirullah... tetapi manfaatnya, kesannya.. ia sebagai keajaiban terapi diri bagi orang yang sedang marah, orang yang sedang berdosa, orang yang gundah gulana. Amalkanlah, Astagfirullahal'aadziim.. dimana-mana. Dalam kenderaan, sedang bekerja dan sebagainya. Hinggakan jika kamu beristighfar 1000 kali sehari, jika dah terpadam segala dosa pada hari itu, Malaikat akan lihat pula dosa semalam kita dan ia hapuskan juga. Bila dosa-dosa kita telah terhapus.. bukankah perasaan jadi aman je, tenang je..

3. Baca Yasin setiap hari - yasin adalah jantung atau hati al Quran. Bacalah yasin setiap hari. Bukan tunggu malam jumaat atau pada hari majlis tahlil. Yasin bukan sekadar dibaca di tepi kubur.. tetapi bacalah setiap hari samada selepas subuh atau maghrib. Sesungguhnya bacaan yasin itu akan meresap ke hati dan mendamaikan jiwa yang resah dan gundah. Dari jantung al Quran ke hati kita, subhanallah..

4. Amalkan La Haw Lawala Qu wataillah billlahil'aliyyul 'aadziim.. "tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah." Amalkan sebanyak mungkin. Kerana di dalamnya membawa maksud bahawa kita tak berupaya langsung menghadapi kesukaran atau apa sekalipun melainkan dengan bantuan dan pertolongan Allah. Jadi, buat apa nak pening-pening jika anda berada berada dalam kekusutan.. berzikirlah seperi zikir tersebut. Nescaya terbang segala gundah kerana Allah ada untuk membantu kita.

So, jom sama-sama amalkan saranan di atas untuk hati menjadi tenang dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian. Pilih jalan hidup yang diredhai, tinggalkan segala maksiat dan noda. Kembalilah ke asal fitrah kejadian bahawa kita hidup untuk beribadat kepada Allah dalam pelbagai cara, mengikut syariatnya.

Wallahua'lam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close