Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Cara Sayangkan Diri Sendiri

4 Cara Sayangkan Diri Sendiri. Kita hidup untuk siapa? Untuk orang lain ke? Habis tu, untuk diri sendiri siapa yang nak layan? Adakah dalam sehari, ada masa untuk diri sendiri? Ada tak? Sehari ada 24 jam, takkan untuk diri sendiri tak ada? Begitulah kita dan budaya kita.. sayangkan dan bahagiakan orang lain dulu baru diri sendiri. Hmmm.. itu tak berapa betul sebenarnya.. cuba curi masa secara berdisplin cari masa untuk diri sendiri setiap hari. Sayangkan diri sendiri barulah sayangi orang lain.

Eh! Khidmat bakti kita pada suami/ isteri dan anak-anak bukan cara kita sayangkan diri sendiri ke? Itu pilihan anda sendiri. Kalau itu buat anda rasa seperti sayangkan diri sendiri, teruskan. Bagi saya, "me time" atau sayangkan diri sendiri berbeza caranya. Jom baca kat bawah ulasan saya tentang cara nak sayangkan diri sendiri.


4 Cara Sayangkan Diri Sendiri


Ada 4 cara nak tunjuk yang korang sayang diri sendiri, kalau anda ada lebih, boleh share di bahagian komen..

1. Biasakan jaga kebersihan diri dengan teratur - anda sayang diri, cintakan diri anda.. jagalah kebersihan diri dengan teratur. Rawat diri sendiri dengan jagaan yang betul setiap hari, samada dalam waktu sibuk atau senggang. Sediakan bajet kebersihan, wangi dan cantik untuk diri anda. Ingat ya... anda bukan orang gaji yang sentiasa kena selekeh.

2. Makan benda berkhasiat - ambil makanan, makanan tambahan dan makan dengan betul. Makanlah dari benda yang halal dan menyihatkan. Makan buah, bijirin, susu dan sebagainya untuk kesihatan yang maksimum.

4 Cara Sayangkan Diri Sendiri

3. Luang masa buat apa anda suka - kalau anda shopping, buatlah. Walau setakat 'window shopping' tak mengapa. Ambil peluang itu sebagai satu terapi. Jika anda suka membaca novel.. haa.. belilah novel kesukaan anda. Jangan halang-halang minat anda. Lakukannya secara santai.

4 Cara Sayangkan Diri Sendiri

4. Luang masa keluar, jangan terperuk di rumah - lakukan aktiviti outdoor, berjalan.. lihat taman kejiranan anda. Berjogging.. duduk santai di tepi tasik berhampiran kawasan tempat tinggal atau kalau nak jauh sikit, minta izin pasangan untuk berzumba atau sertai larian amal. Kalau nak pergi gym.. silakan.

Lakukan apa yang kita suka, itulah tanda kita sayangkan diri sendiri. Jangan tunggu-tunggu waktu sesuai.. takut bila masanya tiba, kita dah tak ada mood dan hilang peluang itu. Sebaliknya kita jadi stress dan marah-marah mengatakan sipolan dan sipolan menyebabkan kehendak diri sendiri terbantut. Kan dah tak best begitu? Ya tak?

Semoga coretan ini bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close