Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Sikap Mukmin Yang Dikagumi?

Apakah Sikap Mukmin Yang Dikagumi? Rebutlah peluang menjadi mukmin yang cemerlang agar disayangi dan dicintai oleh Allah SWT. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Kita semua ni hanyalah pinjaman, dipinjamkan ke dunia dan akan kembali ke sana semula, tempat asal kita pada waktu yang telah tertulis. Datang dalam keadaan tak berdosa, dan moga kembalinya kita jua dalam keadaan yang tak berdosa. Semoga Allah izinkannya..

Hadir dalam dunia yang fana ni hanyalah mendamba kan menjadi muslim yang sejati. Yang dikagumi dan menjadi kesayangan semua. Bagaimana nak jadi mukmin yang sejati ya? Macam manakah sikap mukmin yang dikagumi??

Apakah Sikap Mukmin Yang Dikagumi?

Apakah Sikap Mukmin Yang Dikagumi?


Bagaimanakah sikap Mukmin Yang Dikagumi itu? Adakah ia mesti seorang yang berlawan musuh di medan peperangan? Adakah ia seseorang yang berjaya melawan nafsunya sendiri?

Jom baca perkongsiannya di bawah...

 عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ 

Daripada Shuhaib berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (Sahih Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih 

Pengajaran: 

1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa reda setiap yang berlaku keatas dirinya. 

2. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara: 

■ Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri 
■ Cinta kepada Allah 
■ Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah 
■ Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut 
■ Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah. 

3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan reda.  

4. Ibnu Qayyim menyatakan: sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.

Moga kita menjadi mukmin yang dikagumi seluruh makhluk, kerana sabar dan syukurnya atas segala takdir. Yang baik kita bersyukur, bila diuji kita bersabar. Dalam segals nikmat dan ujianNya, bersabar dan bersyukurlah!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close