Doa Mohon Kekuatan Untuk Bersabar Dan Istiqamah. Sabar dan istiqamah. Kedua-duanya amat sukar dilakukan dengan membuta tuli. Kena ada kesungguhan dan tolakan dari dalam diri. Kena juga ada sokongan dengan persekitaran. Persekitaran tu maksudnya full support dari keluarga, rakan-rakan dan juga suasana tempat kita berada. Ada orang boleh istiqamah jika berada dalam kumpulan yang betul. Bila terpisah kumpulan je, jadi bali kepada perangai asal. Kalau baik tak mengapalah.. jika sebaliknya, kan sia-sia perubahan yang kita lakukan itu? Sebab itu kena pilih rakan yang betul kalau nak terus berubah pada jalan yang diredhai.
Doa Mohon Kekuatan Untuk Bersabar Dan Istiqamah
Susah sebenarnya nak istiqamah dan bersabar. Dua perkara yang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Kena ada kekuatan dalaman dan luaran.
Jom amalkan doa ini untuk kekuatan dalam bersabar dan istiqamah pada perkara baik yang kita inginkan.
Rabbana afrigh 'alaina sobran
Wataffana muslimiina - surah al a'Raf ayat 126
Maksudnya:
Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu).
Berdoalah dengan rendah hati dan bersungguh-sungguh agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang kuat, iman yang tetap dan sentiasa berada di atas jalan yang benar.
Jom sama-sama amalkan doa mohon kekuatan bersabar dan istiqamah dalam jalan kebaikan yang kita tempuhi.
Insyaa Allah.
Jom sama-sama amalkan doa mohon kekuatan bersabar dan istiqamah dalam jalan kebaikan yang kita tempuhi.
Insyaa Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.