Farewell Party Di Double Tree By Hilton. Double Tree hotel bertaraf 4 bintang, berada di tengah-tengah bandar JB bersebelahan dengan Menara Landmark. So, kedudukannya memang agak strategik dengan pusat membeli belah seperti JBCC, City Square, Angry Bird Park, dekat dengan Persada Convention Centre dan Masjid Sultan Abu Bakar. Kami decide baut farewell party di sini, kerana menunaikan hasrat team kami yang lama terpendam.. hehe
Buat majlis di Makan Kitchen. Makan Kitchen ialah restoran makan malam setiap hari di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, menawarkan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Mempunyai reka bentuk dalaman yang terinspirasi di rantau dan menyajikan hidangan istimewa tempatan yang terkenal yang disediakan tepat di depan mata anda. Makan Kitchen adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung yang ingin mengalami beberapa masakan Malaysia terbaik. Ada pelbagai makanan barat dan Asia untuk sarapan pagi dan nikmatilah hidangan Melayu, Cina, India dan Peranakan semasa makan tengahari dan makan malam. Kaunter memasak yang lazat dan kaunter jus mempamerkan makanan dan minuman yang lazat yang ditawarkan dan pilihan makan peribadi juga disediakan. Wahh!! Nampak tu pujian-pujian dari google.. hihi
Farewell Party Di DoubleTree By Hilton
Akhirnya impian nak masuk Double Tree dan makan-makan kat situ dah tercapai. Sebelum ni kami sering bergurau sejak ramadan yang lepas nak makan kat DT, tapi tengok harga buffet kan mahal.
Sekarang ni bila ada promotion DoubleTree Turns 5, apalagi.. terus buat farewell party kat situ. Jom layan gambar makanan ya.., oh ya kami semua berada di Makan Kitchen. Dalam makan kitchen ada 5 dapur yang menyajikan pelabagai masakan malaysia dan juga antarabangsa.
Malay kitchen
Indian kitchen
Dah habis layan gambar, apa korang rasa. Itu baru 2 dapur yang saya snap, belum lagi 3 dapur lain. Sebab dalam bahagian kitchen, ada 5 dapur semuanya termasuklah western, italian.
Dalam tempoh promosi yang berlangsung sepanjang bulan julai 2019, harga per net adalah RM55 sahaja. Boleh mampu makan lagi la..
Last sekali, saya belanja sekeping gambar farewell party kami ya.. enjoy!!
Inilah gambar yang "method" sikit, yang lain dah macam sarkis dah.. farewell party but turn out like we are happily ever after.. haha
Inilah gambar yang "method" sikit, yang lain dah macam sarkis dah.. farewell party but turn out like we are happily ever after.. haha
Bye! Sekadar coretan makan-makan santai di DoubleTree by Hilton.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.