Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rebutlah 4 Waktu Yang Boleh Memakmurkan Usia Yang Telah Disia-Siakan Bertahun Dahulu

4 Waktu Boleh Memakmurkan Usia Yang Telah Disia-Siakan Bertahun Dahulu. Baca ini apa yang saya nak kongsikan. Ia amat penting kepada kepada kita semua. Bila kita merasakan usia dah tak cukup untuk menebus kembali masa yang telah kita sia-siakan dahulu. Waktu muda kita begitu sibuk konon ada masa untuk cover balik bila dah tua. Namun adakah kita sampai ke tua? Hidup dan mati adalah rahsia Allah. Ajal atau maut, semua Tuhan yang tentukan. Jangan tunggu tua nak ganti masa lalu yang dah berlalu. Makmurkan usia anda sekarang. Makmurkan usia yang kita dah terlepas dan terlalai itu. Sesungguhnya Allah menanti taubat setiap hambaNya.

Rebutlah 4 Waktu Yang Boleh Memakmurkan Usia Yang Telah Disia-Siakan Bertahun Dahulu

Bertaubatlah sebelum terlambat. Tak apa jika sekarang baru nak bertaubat. Walau umur dah masuk 50 atau 60 tahun. Jangan pernah ada istilah terlambat untuk bertaubat. Makmurkan semula umur kita yang telah terabai.

Rebutlah 4 Waktu Yang Boleh Memakmurkan Usia Yang Telah Disia-Siakan Bertahun Dahulu


Usah buang masa jika anda rasa masanya dah tiba untuk kita berbuat sesuatu. Kena kejar masa, kejar ganti balik mana yang tertinggal, kita terlalai atau sengaja bazirkan waktu pada benda yang sia-sia sewaktu muda. Jom kita makmurkan usia yang dah tinggal sisa-sisa ni.

Bila kah 4 waktu yang afdal untuk makmurkan semula usia kita? Jom baca di bawah ni...

1. Sebelun tenggelam matahari.. 10 minit sebelum maghrib, berzikir, baca al Quran dan menunggu azan maghrib

2. Waktu antara maghrib dan isyak - makmurkan dengan solat 6 rakaat, sekali makmurkan itu je 12 tahun pahalanya, dengan baca al Quran, solat-solat sunat, berzikir dan mendengar ceramah agama. Bayangkan berapa banyak dapat kita makmurkan usia kita yang kita abaikan dahulu..

3. Solat sunat sebelum subuh, tahajjud dan solat taubat. Bangun sebelum subuh. Walaupun 10 - 20 minit, dengan istighfar, dengan baca al Quran.. solat sunat 2 rakaat sebelum subuh. jangan lebih lewat bangun dari ayam jantan..

4. Waktu selepas subuh - waktu antara subuh sampai terbit matahari. Waktu solat subuh berjemaah, Perbanyakkan zikir kepada Allah, membaca al Quran dan terus solat dhuha jika dah masuk waktunya. Pahalanya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna.

Pada 4 waktu ini, jika direbut melakukan semaksima amalan yang di sebutkan.. insyaa Allah kita telah berjaya memakmurkan semula umur kita yang telah terbazir begitu sahaja sewaktu dahulu.. semasa zaman jahil dahulu.

Namun semua manusia kan berubah samada dari baik kepada jahat atau sebaliknya dari jahat kepada baik. Begitulah.. kita yang pilih nak akhitan hidup kita macam mana. Adakah nak bertambah baik dari sehari ke sehari atau lebih lagha dengan maksiat dan keseronokan duniawi.

Ingatlah.. kehidupan yang kekal adalah di alam akhirat sana. Bila ada sedikit ilmu tentang syurga dan neraka, pembalasan baik atau jahat.. maka carilah ilmu lagi agar yang sedikit itu kita boleh sebarkan dan tambahkan, untuk manfaat diri sendiri dan juga orang yang kita sayangi.

Sumber ceramah Al Habib Jindan bin Novel

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close