Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup. Bak kata owner resepi ni, dia kata sampai ketagih makan roti cicah mushroom soup. Haha.. saya pun sama, asal pergi makan kat hotel.. ada menu ni mesti makan yang ini dulu. Tak tahu kenapa mushroom soup kat hotel sedap no! Tak boleh kata tidak.. lagi satu mushroom soup kat SDS pun sedap. Sampai habis licin saya makan..
Baiklah. Resepi roti garlic pakai roti gardenia je ni saya kongsi resepi dari FB Nur Sakinah. Moga halalkan perkongsian ini ya. Rupanya senang je nak buat mushroom soup tu.. nak pekat letak tepung gandum.. lepas ni boleh cuba sendiri.
Simple je kan makan dengan roti gardenia garlic. Nipis dan rangup..
Simple je kan makan dengan roti gardenia garlic. Nipis dan rangup..
Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup
Bahan-bahan Mushroom Soup:
300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
Cara-cara:
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.
Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih
Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mahu bubuh takpa)
Daun Parsley
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih. Gaul ke dalam mentega
2. Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
3. Sapu ke atas roti
4. Dan bakar api atas bawah (oven)
Sedia ! Wangi ja lepas masak tauuu. Cubalah.
Senang ja pun 😊😊😊
#FBNurSakinah
#CookWithLove
Wahhh!! Dah boleh buat sendiri lepas ni. Lagipun menu ni ringkas je, sedap untuk minum petang atau pun makan malam pun boleh.
Saya pun izinkan korang share kat kawan-kawan dan sedara mara yang suka masak ringkas cara western ni. Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.