Allah Dah Sembunyikan Aib Sendiri Kenapa Nak Dedahkan? Setiap pendosa akan diampunkan kecuali mereka yang membuka aibnya sendiri. Setiap dari kita ada saja dosa dan pahala masing-masing. Kalau setiap saat Allah ganjarkan pahala atas amalan kita, alhamdulillah. Bagaimana pula atas dosa-dosa kita. Pasti ada. Dosa kecil dosa besar. Semua makhluk ada.. terdetikkah di hati kita rasa takut akan balasan Allah terhadap segala dosa kita? Tidakkah timbul rasa gerun mendengar balasan yang akan diterima dengan segala maksiat yang kita lakukan? Sedarlah duhai kawan.. sesungguhnya syurga itu benar! Neraka juga benar! Buat baik di balas baik. Buat jahat buruk padahnya.
Hentikan kongsi sana sini dengan maksiat yang kau lakukan. Jika sekali, itu mungkin satu kesilapan. Jika berkali-kali, itu adalah satu kebodohan.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bagaimanapun Nabi Muhammad SAW mengingatkan dalam hadis: “Seorang Mukmin tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali.” (HR Bukhari dan Muslim).
Kita ni pendosa. Pendosa tanpa sedar dan juga dalam sedar. Lalu.. jalan mana yang dipilih untuk meneruskan hidup?? Kalau Allah tak sembunyikan aib-aib kita, dah lama muka kita ni malu dan tak sanggup nak keluar rumah. Tapi yang peliknya tu, baik dah Allah sembunyikan aib dia.. tapi seronok pula dia sendiri tayang maksiat dan aib dia, share sana sini di media sosial. Yang tak halal berani kongsi gambar macam hidup suami isteri. Yang sepatutnya ditutup, dibuka luas-luas untuk tatapan mata jahat yang menunggu untuk memfitnah. Ada juga yang dengki dan iri sesama sendiri kerana rasa tak pernah puas dengan apa yang ada.
Seeungguhnya media sosial adalah tempatnya di mana segala aib yang Allah dah sorok untuk kita di malam hari, kita sendiri yang buka! Bodohkah kita? Dalam tak sedar, kita menambah dosa sendiri dan mengajak orang lain menjadi pendosa juga.. membuat andaian yang bukan-bukan.
Namun, Nabi SAW pernah berpesan, walaupun setiap kita tidak lari daripada melakukan dosa, ia tidak bermakna kita dibenar untuk mendedahkan dosa yang pernah dilakukan sama ada secara senyap atau terbuka.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)
Yang sedihnya, masih ramai suka mendedahkan dosa sendiri dengan alasan manusia tidak lari daripada melakukan dosa. Dosa bukan untuk ditayang atau diumum secara terbuka kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang menyesali dosa dan kesilapan. Ada caranya nak mengakui dosa-dosa kita iaitu melalui solat taubat dan permohonan ampun kita kepada Allah dalam setiap sujud dan tahajjud kita.

Allah Dah Sembunyikan Aib Sendiri, Kenapa Kita Bangga Nak Dedahkan?

Rasulullah SAW berkata: “Dosa itu adalah apa yang tidak enak di hatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.” (HR Muslim). Ia berkait rapat dengan soal malu dan aib yang perlu dijaga.
Maka, berhentilah menambah dosa diri sendiri dan orang lain, iaitu jangan kongsi dan bongkar aib sendiri. Dalam kita membuka aib sendiri, secara tak sengaja kita memalitkan orang lain dalam dosa yang kita lakukan. Na'uzubillah..
Semoga Allah terus menerus menutupi aib-aib kita dan mengurniakan akhiran hidup yang khusnul khotimah kepada kita semua. Aamiin..

1 Comments
Semoga kita semua terhindar dari menjadi pendosa dengan membuka aib sendiri
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.