Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Shopping Online Paling Selamat Yang Anda Kena Tahu

Cara Shopping Online Paling Selamat Yang Anda Kena Tahu. Shopping memang best terutamanya masa dah gaji dan ada banyak duit. Boleh window shopping secara live atau pun beli depan komputer. Window shopping depan komputer anda atau smart phone sambil baring-baring tak perlu menempuh kesesakan lalu lintas. Best kan? Yang diperlukan cuma akaun kena standby baki yang cukup.


Shopping atas talian mmemang dah jadi trend sekarang ni. Jika perniagaan anda tak ada website, anda memang ketinggalan. Namun, ada sesetengah perniagaan tak boleh beli online, terutamanya yang melibatkan harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan sebagainya. Walau ada sebahagian proses dilakukan atas talian, namun masih ada keselamatan yang diutamakan dalam proses-prosesnya.

Cara Shopping Online Paling Selamat Yang Anda Kena Tahu
Gambar hiasan

Cara Shopping Online Paling Selamat Yang Anda Kena Tahu


Sebelum nak shopping online, kena ambil tahu dan waspada tentang beberapa perkara, seperti yang dicatatkan du bawah:


1. Siasat latarbelakang website shopping online tu dulu

Jangan membuta tuli klik pada link yang diberi. Siasat dulu tentang website berkenaan. Kalau memang dah popular seperti Lazada, Shoppe dan sebagainya, tak apa lah. Ini kalau tetiba nama pelik semacam, ambil langkah lebih berhati-hati.

2. Baca testimoni yang betul, selidik tentang testimoni tersebut

Ya.. Baca testimoni sesuatu produk atau jenama yang nak dibeli. Contohnya, jika produk kosmetik, perhatikan keaslian testimoni yang disertakan. Mana tahu ia testimoni yang dibayar untuk melariskan jualan mereka? Kesannya siapa yang kena, kita jugak!!

3. Buat panggilan pada nombor yang tertera. Buat sampai dapat jawapan.. bukannya mesin yang jawab

Sila buat panggilan ke telefon yang disertakan dalam website tersebut. Jika yang jawab tu mesin, usahakan telefon lagi hingga dapat bercakap dengan manusia. Walau ada sesetengah yang jawab pun manusia tetapi kaki scammer.. Paling tidak kita rasa puashati dan selamat. At least, company tersebut wujud. Bukannya halimunan.

Sambil ambil kira perkara di atas, anda boleh semak juga sesebuah syarikat atau website di Suruhanjaya syarikat malaysia dan sebagainya. Ia,sebagai langkah berhati-hati supaya kita tidak tertipu dengan pelbagai kempen yang terlalu banyak di media sosial.

Semoga kita semua terselamat daripada jadi mangsa tipu daya manusia bertopengkan syaitan dalam dunia internet tanpa sempadan ini.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close