Fadhilat Dan Kelebihan Surah-Surah Dalam Al Quran. Al Quran adalah panduan hidup. Al Quran juga penawar atau ubat kepada pelbagai penyakit yang dihidapi manusia di atas muka bumi ini. Jika ada masalah, keraguan dalam segala perkara, rujuklah al Quran. Oleh sebab itu pelbagai fadhilat dan kelebihan al Quran boleh digunakan untuk kita menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan baik.
Sejarah penurunan al-Quran seiring bersama perkembangan dakwah Islam. Turunnya al-Quran secara beransur-ansur mengikut asbab an-nuzul (sebab penurunan) dan penyelesaian masalah yang berlaku. Berlaku sesuatu masalah, maka Allah akan turunkan ayat yang bersangkutan, tujuannya sebagai panduan kita menyelesaikan masalah tersebut.

Fadhilat Dan Kelebihan Surah-Surah Dalam Al Quran
Fadhilat dan kelebihan surah-surah dalam al Quran memang ada bukti dan kebenarannya. Banyak dah dikongsikan dalam media sosial, ceramah-ceramah agama dan sebagainya.
Al-Quran adalah manual kehidupan dan kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9)Fadhilat surah-surah tertentu dalam al Quran:
# Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
# Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
# Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
# Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
# Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
# Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
# Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
# Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
# Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Tujuan senarai pendek surah-surah di atas adalah sekadar sebagai panduan kita supaya dalam kesibukan dengan tanggungjawab terhadap keluarga, kta masih dapat menyediakan diri sendiri dengan bekalan ke akhirat kelak.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat menambahkan ilmu kita dan menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Lebih istiqamah dalam melaksanakan amal ibadat kepada Allah SWT.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.