Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Loreal Dan Warna Lipstick Kegemaranku!

Loreal Lipstick Kegemaranku! Dulu masa zaman muda mudi saya suka pakai lipstick jenama Avon sebab kawan jual. Senang nak replace bila habis.. hehe, bila kawan dah tak jadi agen Avon, susah pulak nak ganti lipstick. Mula lah pergi ke Guardian atau watsons sebab senang nak cari lipstick.

Loreal Dan Warna Lipstick Kegemaranku!

Mula test je nak guna Loreal. Tak sangka melekat sampai sekarang. Kalau beli saya akan pilih 2 warna yang sesuai untuk ke pejabat dan waktu santai bersama keluarga.

Mudah nak tukar dan sesuaikan dengan keadaan..

Loreal Dan Warna Lipstick Kegemaranku!

Loreal Dan Warna Lipstick Kegemaranku!


Beginilah gayanya wanita dan pemerah bibir.

Walau dalam stok kat rumah, dalam handbeg dan kat office masih ada.. Tetap nak beli baru bila lalu kat shopping complex. Ada ke anda wanita di luar sana pun macam saya, suka kumpul lipstick dari jenama yang sama walau ada banyak lagi yang belum diguna. Berbaris tunggu nak di calit di bibir??

Saya lain sikit, bila beli terus pakai. Tak la simpan lama-lama sampai berkulat. Hehe.. (eh, lipstick boleh berkulat meh?!)




Warna kegemaran saya adalah Rose Gold, Bloody Mary, Lincoln Rose, Blush Tendence dan banyak lagi. Yang best sikit Bloody Mary, sapu sikit dan merah.

Orang kata beli lipstick ni kena padan dengan warna kulit. Betul ke?

So far saya pakai semua color, hehe.. purple pun pernah pakai. Zaman muda-muda dulu lah. Kalau sekarang pakai semua orang cabut lari, buang tebiat ke???

Tak mengapa jika kita nak calit sikit lipstick di bibir supaya tidak kelihatan pucat terutama bagi yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan dan sebagainya. Kerana, membuatkan orang lain selesa pun satu kebaikan juga kan?

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close