Resepi Kek Coklat Kukus Paling Simple. Buat kek coklat paling sempoi. Kalau buat dengan milo tak berapa cantik warna hitam dia, kalau buat dengan serbuk koko, memang cantik. Hitam berkilat. Saya dah cuba pun, sangat sedap dan lemak berkrim. Manis pun sedang-sedang je..
Sebab tu, kalau kata kek coklat simple, tak payahlah korang nak tambah-tambah telur dan pelbagai. Nanti tak jadi yang simple dan sedap macam ni, korang marah. Buat seadanya, less is better. Tak caya? Cubalah. Saya dah cuba banyak kali. Hasilnya tetap sama, sedap je..

Contoh gambar kek coklat yang dah siap, dari pelbagai sumber Facebook.
Saya buat jadi macam ni.. cuma tak letak coklat rice je.. 😅😅
Resepi Kek Coklat Kukus Dan Bakar Paling Simple
Bahan-bahan A:
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ~
Bahan-bahan ayak:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder ~
Cara memasaknya;
1. Masukkan semua bahan-bahan A dalam blender dan kisar lebih kurang 5 minit
2. Masukkan adunan yang telah dikisar/ blender bersama bahan ayak seperti tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kaup balikkan sampai rata..
3. Tapis dan letak dalam loyang... Kukus 45 mnit @ bakar 180°c 45 minit. Siap.
Mudah kan? Buat sebiji ikut resepi. Nescaya menjadi kek coklat anda tu. Jom cuba!
Sumber Resepi : Suhana Aziz (moga murah rezeki seluas lautan kepada si pemberi resepi.)
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.