Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina. Hari-hari saya stalker FB Cikgu Azlina Ina. Terliur tengok resepi-resepinya. Mudah semua pulak tu. Kita yang tak minat masak pun boleh terjebak dengan cara dia masak tu.. lagi-lagi bab buat kek. Walau ayat dan resepi macam tunggang langgang, kita kena faham dan hadam betul-betul. Haha.. memang sempoi kan?
Baiklah. Kat sini saya nak panjangkan pula resepi duriannya. Iaitu resepi kek durian gebu. Tak gebu bukan kek durian resepi dia lah tu. Ini mesti silap tangan kita sendiri yang membuatnya.. haha
Jom layan gambar kek durian gebu ala Cikgu Azlina Ina..
Semua gambar adalah milik Cikgu Azlina Ina ya, bukan saya yang buat. Saya sedang cuba nak buat sebab saya ni antu durian, pantang benda berasaskan durian, memang fanatik giler.
Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina
Bahan-bahan;
250g pure butter /majerin
1 cawan gula halus
1sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil esen durian/ emolco durian
**Bahan di atas mix smpai gebu
ok
7 sudu besar susu pekat
5 biji telur
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan tepung naik sendiri
7 sudu besar susu segar
Cara-caranya:
1. Masukkan
100-200 gram isi durian segar, carik-carikkan dengan 7 sudu besar susu pekat., ke dalam bahan yang di mix tadi iaitu butter, gula halus, esen vanila dan esen durian
2. Mix sekejap
masuk telur satu-satu
3. Slowkan mixer masuk kan separuh tepung gandum ayak dan tepung selfrising.
4. Tuang pulak susu segar
kemudian masukkan balance tepung sampai habis
5. Bakar pada suhu 170 darjah, masa 45 hngga 50 minit bergantung oven masing.
6. Kek durian gebu segebu badan korg is done😜😜😜
Selamat mencuba resepi kek durian gebu dari FB Cikgu Azlina Ina. Nak cuba? Dipersilakan..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.