Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sup Tulang Kambing Makan Dengan Roti

Resepi Sup Tulang Kambing Makan Dengan Roti. Memang kaw sangat rasanya. Sup tulang kambing panas makan dengan roti. Haha.. sedapnya hingga kan mak mentua lalu tak toleh langsung. So, saya akan share resepi buat sup kambing atau tulang kambing paling sedap dalam dunia!!


Resepi Sup Tulang Kambing Makan Dengan Roti

Makan sup kambing dengan roti Baguette/ Baget ni roti yang dimakan dengan sup. Ala.. kat hotel atau cafe western selalu makan ni.. cicah dengan sup cendawan. Hehe..  Baguette (baca: baget) ini adalah roti tradisional khas Perancis, memiliki tekstur kulit yang keras di bahagian luar, tapi renyah di dalam. Roti ini mempunyai ciri khas dengan bentuknya yang panjang, berwarna coklat, serta banyak terdapat lubang-lubang di bahagian dalamnya. Baguette ini biasanya disajikan dengan sup atau dipanggang dan diberi aneka macam topping sesuai dengan selera.

Resepi Sup Tulang Kambing Makan Dengan Roti


Resepi sup tulang kambing ni saya share dari blog Azie Kitchen, blogger masakan yang amat pandai memasak hinggakan jadi "buku rujukan resepi" setiap kali nak masak resepi yang agak susah.

Ingat senang ke nak masak sup tulang kambing ni. Susah wooo...

Resepi Sup Tulang Kambing Makan Dengan Roti

Jom tengok bahan-bahan dan resepinya.

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu/ kambing ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - di hiris
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu
1 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Bawang goreng - tabur

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Cara cara buat sup kambing paling sedap: 


1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.

3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.

4. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

6. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.

Kalau nak buat sambal kicap, boleh klik Disini atau Sini .. untuk variasi yang anda suka.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tengah hari tadi baru aje makan sop tulang kambing dengan nasi goreng

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close