Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Kebangsaan Ke 62 Tahun Kepada Malaysia

Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Kepada Malaysia. Malaysiaku yang tercinta! Kaulah negaraku! Negaraku.. tempat tunpahnya darahku! Siapalah yang tak cintakan negaranya sendiri. Cuba anda dengar orang luar perlekehkan negara kita, apa rasa? Rasa macam nak terbakar kan? Rasa macam nak balas balik perbuatan mereka kan?

Itulah faedahnya bila kita pernah hadir dalam program biro tatanegara. Anda pernah? Last saya hadir program jati diri masa tingkatan 6 dulu. Kemudian masa kerja Bank. Ada program macam tu, tempat kita diingatkan dengan perjuangan anak bangsa terdahulu. Memang sedih lah!


Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Kepada Malaysia


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Kepada Malaysia

Meriahnya sambutan hari kemerdekaan di sana sini. Tak mengira bangsa, mereka merasa bangga mengibarkan bendera Malaysia yang tercinta. Tak mengira bangsa dan agama.

Merdekanya Malaysia adalah atas usaha dan tumpahnya darah pejuang bangsa pada masa lalu. Siapalah kita yang nak menidakkan perjuangan mereka yang telah banyak berkorban kepada negara demi nilai merdeka yang nak dicapai.

Selamat hari kemerdekaan Malaysia!
Telah menjangkau 62 tahun usiamu.
Telah matang bersama jatuh bangun
Onak duri yang terpaksa diredahi
Demi mengenggam kemakmuran
Untuk waris akan datang..

Semoga usia yang kian matang
Malaysiaku gagah menjulang bangga
Nama dijaja serata dunia
Sambil mengenggam keamanan sejagat!

Selamat Hari Kebangsaan ke 62 tahun Malaysiaku!

Malaysiaku hakmilik bersama...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close