30 TIPS CARA JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK RUMAH ANDA. Bagi pengguna biasa rumah kediaman, bayaran tenaga elektrik adalah salah satu utiliti yang agak membebankan berbanding air. Setiap sebulan sekali mesti kena bayar bil api yang jumlahnya bukan sedikit. Bagi rumah saya je, yang tak besar mana bil elektrik setiap bulan melebihi RM100. Sudah tentu jumlah itu bukan kecil ya..
Jadi, dalam posting kali ini, saya nak share tips atau cara nak jimatkan tenaga elektrik kat rumah. Ada lebih kurang 30 tips semuanya ya. Sila baca satu persatu jika nak kurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
Jadi, dalam posting kali ini, saya nak share tips atau cara nak jimatkan tenaga elektrik kat rumah. Ada lebih kurang 30 tips semuanya ya. Sila baca satu persatu jika nak kurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
30 Cara Dan Tips Jimatkan Elektrik Rumah Anda
Inilah senarai tips jimatkan elektrik rumah anda:
1) Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur ditutup.
2) Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.
3) Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara (aircond). Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.
4) Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
5) Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.
6) Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.
7) Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') ataupun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.
8) Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.
9) Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
10) Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak ke dalam peti ais.
11) Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.
12) Elakkan 'over dry' pakaian anda.
13) Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya: benang jahitan lebih mudah tertetas.
14) Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.
15) Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.
16) Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.
17) Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan. Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. Ia nampak agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.
18) Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pencahayaan lampu tersebut.
19) Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.
20) Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu. Peti ais kuat "makan karen" orang kata, sebab kena sentiasa di hidupkan suisnya.
21) Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambil kira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.
p/s: Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik.
22) Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.
23) Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?
24) Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.
25) Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.
26) Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.
27) Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik :p
28) Semak bil elektrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektrik atau elektronik yang baru. Jika ada, gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.
29) Lampu berteknologi LED juga menggunakan tenaga yang sangat minima disamping kurang radiasi dan baik untuk kesihatan.
30) Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia dapat membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah selain sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Sumber : FB Homestay Teratak Bandar Hilir Melaka
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.