Bacalah Yaasin Kerana Ia Menghilangkan Kehausan Di Hari Kiamat. Bacalah selalu Surah Yassin kerana ia mampu mencegah kehausan di
Hari Kiamat. Sampaikan kepada orang lain, maka ia dianggap sedekah
jariah. Bacaan dari surah yaasin juga amat bermakna kepada orang yang sedang nazak atau yang telah meninggal dunia. Namun, membaca surah yaasin bukan sahaja digalakkan kepada golongan yang tersebut sebaliknya kita yang masih hidup digalakkan mengamalkan membacanya sebagai manfaat di kemudian hari.
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”
Saya ada terbaca daripada website MAIWP tentang membacakan surah Yaasin kepada orang yang sedang nazak dan yang telah meninggal dunia. Sila baca kepada perkongsiannya di bawah.
Pendapat Pertama: Membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak.
Pendapat ini adalah lebih tepat kerana syawahid terhadap hadith ini menunjukkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh para salaf adalah membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak. Untuk itu, sebahagian besar ulama’ fiqh yang berpegang dan beramal dengan hadith ini berpendapat bahawa membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak adalah perkara yang sunat atau mustahab (disukai). Ini juga merupakan pendapat di dalam mazhab al-Imam al-Syafie RA bahawa disunatkan membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak kerana ia termasuk di dalam adab-adab berdasarkan hadith “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu”. [Lihat: al-Wasith fi Fiqh al-Syafie, 1/184] - Sumber
Pendapat kedua: Membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia.
Sebahagian ulama’ juga berpendapat bahawa membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia adalah perkara yang mustahab bagi mereka yang memahami bahawa yang dimaksudkan oleh hadith ini adalah untuk orang yang telah meninggal dunia. Adapun membaca al-Quran di perkuburan, ini merupakan masalah atau perkara khilaf antara para ulama’ samada ia dibolehkan atau tidak.
Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”
Bacalah Yaasin Kerana Ia Menghilangkan Kehausan Di Hari Kiamat
Saya ada terbaca daripada website MAIWP tentang membacakan surah Yaasin kepada orang yang sedang nazak dan yang telah meninggal dunia. Sila baca kepada perkongsiannya di bawah.
Pendapat Pertama: Membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak.
Pendapat ini adalah lebih tepat kerana syawahid terhadap hadith ini menunjukkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh para salaf adalah membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak. Untuk itu, sebahagian besar ulama’ fiqh yang berpegang dan beramal dengan hadith ini berpendapat bahawa membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak adalah perkara yang sunat atau mustahab (disukai). Ini juga merupakan pendapat di dalam mazhab al-Imam al-Syafie RA bahawa disunatkan membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak kerana ia termasuk di dalam adab-adab berdasarkan hadith “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu”. [Lihat: al-Wasith fi Fiqh al-Syafie, 1/184] - Sumber
Sebahagian ulama’ juga berpendapat bahawa membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia adalah perkara yang mustahab bagi mereka yang memahami bahawa yang dimaksudkan oleh hadith ini adalah untuk orang yang telah meninggal dunia. Adapun membaca al-Quran di perkuburan, ini merupakan masalah atau perkara khilaf antara para ulama’ samada ia dibolehkan atau tidak.
Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”
Kita semua yang membaca surah yaasin juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
Subhanallah.. rebutlah peluang ini walau ada kekangan waktu dan situasi. Jika kita berkehendakkan sesuatu, rebutlah ia walau sesusah mana.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
In syaa Allah
ReplyDeleteMudah2an jadi amalan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.