Bonding Time Dengan Hero Sebelum Dia Terbang Ke Mesir. Cepatnya masa berlalu. Masa memang cemburu dengan kita ek? Atau kita yang kurang faham cara membahagi masa?? Entahlah.. selama 5 tahun duduk berjauhan, dia di MRSM. Kemudian 1 tahun di Matrikulasi. Dan kini, nak terbang ke Mesir dah.. tapi dia pergi demi mengejar cita-citanya. Biarlah... redhalah.
So, sebelum waktu itu tiba.. ambillah sebanyak mana masa yang ada dan kesempatan untuk bersamanya. Dan, pada waktu beginilah.. bonding anak teruna dengan ibunya banyak manfaat bagi kedua belah pihak. Banyak nasihat yang dititipkan. Banyak kata bebelan dan pantang larang yang diwasiatkan. Hehe..
So, sebelum waktu itu tiba.. ambillah sebanyak mana masa yang ada dan kesempatan untuk bersamanya. Dan, pada waktu beginilah.. bonding anak teruna dengan ibunya banyak manfaat bagi kedua belah pihak. Banyak nasihat yang dititipkan. Banyak kata bebelan dan pantang larang yang diwasiatkan. Hehe..
Bonding Time Dengan Hero Sebelum Dia Terbang Ke Mesir
Kenapa Mesir? Kenapa bukan Rusia? Kenapa tak ke India? Kalau nak ikutkan buat Medic dalam negara boleh je. Betul tak?
Sebenarnya saya yang bagi dia peluang. Anak saya ni lelaki. Pengalaman yang tak boleh dijual beli adalah yang diperolehi dalam perjalanan dan kembara mencari diri. Mengenal diri. Dah tentulah saya akan hantar dia ke negara yang berkah dan lebih selamat akidahnya, imannya. Almaklum.. Masalah sosial sekarang ni kena tengok persekiitaran juga nak jaga dia.. Iman manusia ada turun naiknya..
Mengembaralah duhai anak. Agar pulang nanti kamu dapat apa yang ibu dan kamu harapkan. Dapat ilmu yang bermanfaat seiringan indahnya akhlakmu.
Gitulah.. serba sedikit kenapa saya hantar dia buat medic di luar negara.
Now.. bonding time!!
Panas-panas tengahari ni kita orang round taman perumahan sebelah cari cendol. Akhirnya jumpa juga berdekatan dengan kawasan flat tak jauh dari sekolah si adik. Hmm.. Memang marvellous.
Dalam cendol tu macam-macam ada. Ada cendol, ada pulut, kacang merah, kacang hijau dan santan. Ada juga gula melaka. Haha.. jangan dilupa ketulan air batu jadi penyejuk. Hmm... memang sedap melampau!!
Order juga cucur udang.. mana tak sedap? Ya tak? Sambil berborak-borak dengan my hero.
"Nanti kat sana mesti teringat momen minum cendol dengan ibu, kan? Usik saya
"Ha.. itulah!" Jawabnya ringkas.
"Dekat Mesir ada cendol ke?" Tanya saya lagi.
"Entahlah bu. Macam tak pernah pulak dengar orang Mesir makan cendol."
"Ala.. kalau teringin.. Naqib buatlah sendiri. Awak kan pandai masak." Tegas saya
"Hahaha.. boleh ke?"
Kami ketawa bersama.
Hero saya ni serba boleh orangnya. Dengan saya dia manja, walau abang sulung. Tapi dia amat manjakan ibunya juga, apa saya nak selalunya dapat. Walau baru 19 tahun, dia dah ada duit sendiri. Pergi mana, rajin belanja saya dan adiknya. Tak berkira.
He is very matured at his age! Tak malu bawa handbag saya bila berjalan. Selalu protect me bila dalam keadaan ramai orang. Gentleman juga! Untung siapa dapat dia nanti.. hihi
So, selagi dia ada depan mata ni.. jomlah kita bonding time together. Agree?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.